Wednesday, March 2, 2016




Yayasan Sarawak Anjur Kursus Keibubapaan

Buat julung kalinya, Tadika Yayasanku Sayang, tadika milik Yayasan Sarawak menganjurkan pendidikan keibubapaan kepada para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tadikaku Sayang. Kursus sehari itu diadakan pada 30 April 2011 di Auditorium Yayasan Sarawak.
Kursus sehari itu sempat mendedahkan beberapa topic penting kepada ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Topic-topik itu ialah:
i.              Kepentingan Penglibatan ibu bapa di TASKA/TADIKA – disampaikan oleh Jais Sahok dari Jabatan Pelajaran Sarawak / SMK Batu Kawa
ii.            Perkembangan awal kanak-kanak peringkat umur 0-6 tahun – disampaikan oleh Nora Morshidi dari Bodco Management  Services Sdn Bhd
iii.           Makanan dan pemakanan – disampaikan oleh Nur Iman Nazirah dari Jabatan Kesihatan Kuching
iv.           Penyakit berjangkit – disampaikan oleh Billy Sujang dan Beadellina Anthonia dari Jabatan Kesihatan Kuching
v.            Kecemasan dan keselamatan – disampaikan oleh John Bujing dan Devis Nganum dari Jabatan Bomba Malaysia

Dalam ucapan kata alu-aluannya, pengetua Taska/Tadika yayasanku Sayang, Encik Mohd. Shahrul B Kamaruddin menegaskan usaha sulung itu merupakan permulaan yang akan memicu gerakan pendidikan keibubapaan yang banyak pada masa yang akan dating.

“Yayasanku Sayang merancang untuk mengadakan kursus dan seminar atau forum yang bersifat keibubapaan secara berkala,” kata beliau apabila menyatakan cita-cita Yayasanku Sayang.

Cikgu Jais Sahok pula mencadangkan Yayasan Sarawak menganjurkan pertemuan perkongsian ilmu dalam pelbagai bentuk dan corak untuk kelak diterbitkan sebagai buku opanduan dan bimbingan pendidikan awal kanak-kanak.

“Aktiviti seperti ini lebih autentik dan asi untuk dijadikan bahan bimbingan berbanding bahan teoritikal yang begitu banyak di pasaran,” kata Jais.

Dalam ceramahnya, Jais Sahok menyatakan beberapa perkara penting yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam proses mendidik anak-anak di peringkat awal. Antara perkara yang dinyatakan ialah:
i.              Komunikasi lisan – ibu bapa perlu menyuburkan kehebatan anak-anak melalui komunikasi yang berkesan. Anak-anak perlu diberitahu tentang semua perkara kerana system kognitif mereka akan merakam semua perkara yang mereka lihat, dengar, buat, rasa dan hidu.
ii.            Peneguhan – setiap perbuatan yang betul dan baik perlu diberi peneguhan seperti pujian, kata-kata perangsang atau hadiah kebendaan; ikut kemampuan dan persetujuan ibu bapa sendiri.
iii.           “berkawan” dan model – ibubapa ialah model anak-anak yang sulung dan utama. Kalau ibu bapa mahu anak-anak mempunyai budaya tertentu, umpamanya beradab mulia, maka merekalah modelnya.
iv.           Terlibat – untuk membentuk, memberikan dan meneguhkan budaya kehidupan yang asi, ibu bapa mesti terlibat; kalau mahu anak-anak makan bersuapkan jadi, ibu bapa hendaklah mencontohkannya.

Nora Morshidi pula memberi penekanan kepada aspek perkembangan system kognitif anak-anak secara menyeluruh. Nora memperkenalkan konsep belajar secara NLP melalui penyuburan saluran VAKOG.
V adalah untuk visual, iaitu kanak-kanak belajar melalui penglihatan. Apabila mereka melihat sesuatu, otak mereka akan merakam dan mengingat data yang dilihat oleh mereka.
A pula adalah untuk auditori, iaitu kanak-kanak belajar melalui pendengaran. Setiap sesuatu yang didengar oleh mereka, maklumat itu akan disimpan dalammemori jangka pendek dan memori jangka panjang.
K pula ialah kinestetik iaitu kanak-kanak belajar melalui pergerakan dan perbuatan. Pepatah Inggeris ada menyebut – learn by doing; justeru, kanak-kanak hendaklah digalakkan melakukan perbuatan-perbuatan yang ibu bapa mereka mahu dia mahir.
O adalah untuk pembelajaran melalui olfaktori, hiduan sementara G adalah untuk pembelajaran gustatory, melalui merasa seperti merasa manis masamnya sesuatu makanan.
Seterusnya pihak Bomba dan Keselamatan menceramahkan serta menunjuk cara aspek keselamatan yang relebvan dengan perkembangan sosial kanak-kanak serta isu masyarakat yang semasa sifatnya.

“Kursus seperti ini akan diadakan secara bersiri dan mengharapkan hasil yang membanggakan.” Kata Encik Mohd Shahrul Kamaruddin sambil mengharapkan sambutan yang lebih baik daripada ibu bapa yangmenghantar anak-anak mereka ke TADIKA Yayasanku Sayang.




No comments:

Post a Comment