Jais
Kendalikan Bengkel Penulisan Puisi dan Dialog Komsas SMK Datuk Permaisuri, Miri
Minggu Bahasa memuatkan aktiviti Bengkel Penulisan
Puisi dan Dialog Komsas SMK Datuk Permaisuri, Miri sebagai sebahagian
perisiannya. Cikgu Jais Sahok dijemput khas dari Kuching untuk membimbing
pelajar menulis puisi secara berproses.
Menurut Ketua Bidang Bahasa SMK Datuk Permaisuri,
Cikgu Jerrah Pandin, sesi bimbingan dan ceramah itu ialah usaha bimbingan
langsung daripada pengarang yang karyanya turut dimuatkan dalam teks KOMSAS.
“Lagipun Cikgu Jais memang banyak memberikan bimbingan penulisan di seluruh
negeri,” kata Cikgu Jerran Pandin.
Cikgu Jais Sahok sempat mengajar pelajar Tingkatan 4
merenung dan melakukan beberapa perkara dalam proses penulisan puisi, antaranya
yang signifikan termasuklah:
i.
Menelusur definisi puisi
ii.
Mengenal pasti elemen-elemen penulisan
puisi
iii.
Mengenal pasti sepatah kata
iv.
Meluaskan (semua aspek semantic) sepatah
kata
v.
Memperluas kata kepada frasa bermakna
berdasarkan puisi yang hendak dihasilkan
vi.
Menyusun (mengelompokkan) kata dan frasa
dalam bentuk rangkap
vii.
Menulis puisi berdasarkan sepatah kata –
menyusun kata-kata terbaik dalam susunan terbaik
viii.
Menerapkan estetika puisi – estetika
sastera, estetika bahasa dan estetika ilmu
ix.
Membaca puisi; secara senyap dan
kemudian secara deklamasi
Sebagai hasil kejayaannya, beberapa orang pelajar kerjaya
menghasilkan puisi dan berpeluang mendeklamasikannya dalam tempoh dua jam. Nur
Izzati Binti Zainal dan Muhd Shahmi B
Hajis masing-masing berjaya menghasilkan
dan mendeklamasikan sebuah puisi.
“Kalau kita punya masa yang lebih panjang, dan kita
tekuni puisi kita itu melalui penerapan estetika sastera, estetika bahasa dan
estetika ilmu, sudah tentu karya itu menjadi lebih contributing, lebih berisi,
lebih mantap,” kata Cikgu Jais Sahok sebagai kesimpulannya dalam sesi bimbingan
singkat itu.
Para pelajar turut dibimbing tentang cara menghantar
karya puisi kepada editor majalah Tunas
Cipta di DBP Kuala Lumpur melalui e-mel sekiranya mereka terus merakamkan
ilmu mereka dalam bentuk puisi.
“Kalau awak e-mel kepada saya, akan saya hantar
kepada mereka tetapi kalau awak hantar sendiri, lebih baik. Begini caranya,”
kata Cikgu Jais. “Yang penting nama, nombor Mykad, nomboe telefon dan alamat
surety-menyurat serta alamat e-mel diberikan kepada aditor,” tambah Cikgu Jais
Sahok lagi.
Selepas sesi bimbingan penulisan puisi, paara
pelajar Tingkatan 2 pula dibawa berdialog dan mendengar penerangan tentang
drama Hemodialisis yang terkandung dalam buku teks KOMSAS T2, Gema Sepi Gadis Genius
terbitan DBP.
“Inilah pertama kali, selepas dua (ini tahun ketiga)
tahun buku itu menjadi buku teks, saya dipanggil untuk memperkatakannya,” kata
Cikgu Jais Sahok. “Jauh pula tu, sampai di Miri,” sambung beliau lagi.
Menurut Jais, semua karya dalam teks KOMSAS
mempunyai nilai murni dan memperjuangkan pendidikan sebagai satu kemestian
dalam hidup remaja (yang berada dalam usia persekolahan) tanpa mempertimbangkan
apa-apa penghalamng yang berpotensi membantutkan pendidikan.
“Semua masalah pendidikan akan berakhir dengan watak
mencapai matlamnatnya dalam pendidikan,” kata Cikgu Jais lagi.
Menurut Cikgu Jais, Hemodialisis memaparkaan nilai murni kekeluargaan. Namun perkara
utama iaitu pemikiran dalam drama itu gagal ditanggap oleh pengulas, atau
penulis-penulis buku ulasan.
“Mereka tidak melihat paksi utama drama
itu, iaitu NLP dan The Power of the Mind dalam bidang
perubatan. Pembaca tidak Nampak penyauhan dalam barisd-baris akhir drama itu,
melalui ucapan Dr Afif: Abah...,
(MELAUNGKAN KEBANGGAANNYA) kerana
abah ialah bapa kami, akan kuhidupkan abah seribu tahun lagi.” Cikgu Jais terus menyatakan
penjelasannya.
“Keyakinan itulah yang digunakan oleh para
dokor untuk mempengaruhi minda para pesakit mereka, satu kaedah manipulasi
kekuatan minda dua pihak yang berkomunuikasi,” tambah Cikgu Jais.
No comments:
Post a Comment