Wednesday, February 8, 2017

Perekayasaan Kaedah dan Pendekatan Pemudahcaraan Pembelajaran BM

Perekayasaan Kaedah dan Pendekatan Pemudahcaraan Pembelajaran BM

Terima kasih sebanyak-banyaknya, sekolah tempat saya bertugas sebanyak 2 kali sepanjang kareer saya sebagai guru, SMK DPHAGapor, Kuching kerana menguncang saya untuk berkongsi kemungkinan perekayasaan kaedah pemudahcaraan pelajar belajar BM agar terlonjak inteligens linguistik mereka.

Sebagai peringatan bersama-sama, guru sudah mula perlu mengelakkan pengajaran yang terlalu banyak sehingga jika tidak diajar, pelajar tidak akan belajar. Sebaliknya guru hendaklah memudahcarai pembelajaran pelajar kerana
i. pelajar sangat berpotensi untk belajar dan belajar sendiri
ii. pelajar perlu belajar secara kolaboratif dan koperatif
iii. pelajar cuma perlu mengkomunikasikan hasil pembelajarannya melalui kaedah 'menjadi guru duta' melalui pembentangan di hadapan pelajar yang lain - belajar untuk memberitahu orang lain merupakan pendekatan pembelajaran yang paling ampuh untukj menguasai satu-satu ilmu
iv. pengajaran guru belum tentu sesuai dengan gaya pembelajaraan pelajar tetapi gaya pembelajaran pelajar tetap mantap untuk dirinya sebagai individu
v. pelajar sebenarnya suka memberitahu orang lain tentang ilmu yang ada padanya berbanding menerima sahaja daripada guru

Dalam sesi itu, saya turut mengesyor gagasan bahawa pembelajaran bahasa hendaklah mementingkan lisan dengan mengesyorkan guru dan sekolah menyediakan
 1.Suasana percakapan yang kondusif: dalam erti, topik diberikan, alat fikir diperkenalkan dan disyorkan untuk digunakan dalam perbincangan lisan itu.
2.Bersahaja / arbitrari: bahasa lisan hendaklah arbitrari atau bersahaja, tidak dipaksa-paksa dan berlangsung dalam suasana kaya; kaya kosa kata. kaya kosa kata ini pula merupakan salah satu ciri inteligens linguistik yang dapat pula dikuasai melalui kaedah kuadron linguistik yang saya perkenalkan dua tahun lepas
3.Jika salah, tolong tunjukkan: tugas guru ialah menegur kesalahan lisan, sama ada kesalahan itu kesalahan linguistik atau kesalahan DMI dalam perbincangan.
Mengapakah aspek lisan ini penting sangat dalam penguasaai bahasa?
Semua bahasa dikuasai oleh semua orangmelalui aktiviti lisan: mendengar, meniru dan mengajuk, memaham, menguasai dan menggunakannya secara bersahaja. lagipun dalam lisan seseorang akan menguasai atau memperoleh:
1.Kosa kata: kosa kata diperoleh sama ada melalui alat audio/bunyi atau telinga yang kemudian difaham dan digunakan.
2.Makna  kata: makna kata dalam keseluruhan medan semantiknya, dari makna leksikal kata dasar, makna dalam psikolinguistik, makna dalam sosiolinguistik, makna dalam dialek, dan transformasi makna melalui morfologi kata - semua perlu dikuasai dan dapat dilakukan dengan mudah memamui kuadron linguistik yang saya cadangkan.
3.Intonasi: aspek ini ditandai turun naik dan tinggi rendah serta keras lembut bunyi pengujaran sesepatan kata, sesosok ayat atau sesebuah wacana untuk memindahkan maksud yang ingin dikomunikasikan agar jelas diterima, dikodkan dan seterusnya difahamkan oleh penerima dalam arena komunikasi yang sedang berlangsung.
4.Psikolinguistik: aspek ini menentukan dan membantu komunikasi serta pengurusan inteligens emosi seseorang agar menjadi pengguna sesebuah bahasa yang santun dan berkesan.
5.Sosiolinguistik: aspek ini membina adab dan peradaban komunikasi yang berlangsung menggunakan sesebuah bahasa, dalam hal ini, bahasa Melayu.
6.Perucapan dan peradaban; bahasa lisan sebenarnya ialah manifestasi bahasa diri seseorang. melalui bahasa lisannya tersingkaplah adap dan kelakuan serta emosinya. Terungkap juga latar belakang sosialnya khususnya latar belakang sosio-budayanya.
1.Seterusnya LI: LI ialah upaya berbahasa seseorang merentasi tahap dan upaya dan kemampuannya berfikir serta memikirkan apa-apa sahaja dalam bahasa yang difahamkannya itu.

Sementara itu, dalam perkongian itu kami sama-sama saling mengingatkan bahawa penerimaan pelajar akan ilmu yang dibawakan oleh sumbernya, iaitu gurunya:
i. tidak ditentukan oleh setingggi mana pendidikan gurunya itu
ii. tidak bererti jika dia mempunyai ilmu setinggi PhD maka menjadikannya guru yang lebih baik
ii. tidak juga ditentukan oleh banyak sedikitnya kerja bertulis yang diberikan
iv. tidak juga ditentukan oleh jumlah kerja rumah yang diberikan
v. tidak ditentukan oleh minat pelajar itu semata-mata, tetapi kejayaan yang mendekati kejayaan 100% pembelajaran pelajar ditentukan oleh....rapport antara dia dan gurunya; baik rapport antara mereka maka akan lebih tinggilah kemungkinan perpindahan ilmu antara mereka berdua. dengan itu, para guru diingatkan, binalah rapport yang baik dengan semua pelajar anda di dalam kelas dan di luar bilik darjah.
Yang turut saya syorkan ialah konsep kaya. jika aku kaya....aku boleh beli apa-apa sahaja. Transformasikan konsep ini kepada kaya linguistik. Jika aku kaya linguistik, apakah yang dapat kulakukan?
JIka seseorang pelajar atau seseorang, sesiapa sahaya kaya linguistik, tentulah dia akan dapat:
Nak berucap? bukan sahaja aktiviti PBS yang dapat dilalui/dilakukan dengan mudah, lakukanlah apa-apa sahaja secara lisan atau bertulis, akan dapatlah dilakukannya dengan mudah.
Nak menulis? Ayat & Karangan ayau apa-apa sahaja.
Nak merekayasa? Lebih baik, nak buat inovasi linguistik secara kreatif selagi betul, buatlah
Nak mengaudit? Guru / UPSR, PT3, SPM - mengenal pasti kesalahan, mencadangkan dan menulis pembetulan penggunaan bahasa
Nak mencipta? Kreatif: prosa, puisiwacana pelbagai

Bilik Darjah Yang Kaya dan Kondusif
Apa-apa pun, untuk mencapai apa-apa sahaja kejayaan, prremis pemerolehan itu hendaklah kaya dengan sumber. Dengan itu, maka bilik darjah hendaklah penuh dengan bahan pandang, bahan dengar dan bahan buat kerana itulah tabiat linguistik yang dilalui oleh semua orang menguasai apa-apa sahaja bahasa yang sudah dikuasainya selama ini.
i.Kaya kondusif
ii.Informatif
iii.Hasil kerja murid dikongsi; pamer, baca, salin
iv.Ceria. Cantik
v.Ada bahan rujukan (kamus)
vi.Ada bahan audit bahasa
vii.Keratan akhbar / majalah /risalah

Untuk terus maju, pelajar hendaklah dimudahcarai untuk melakukan:
•Eksplorasi (Kuadron Linguistik)
•PBP/PBL (Linguistik / non-linguistik)
•Pembelajaran berautunomi
•4C [cognitive (critis, creative), collaborative, cooperative, communicate]
•KBAT [Ruj: Q Matrix]
Oleh sebab pendidikan ialah satu daripada pelbagai saluran untuk membantu insan berfikir, maka alat-alat fikir, peta-peta fikir dan aras fikir yang hendak dicapai hendaklah dinyatakan kepada pelajar akan menggunakannya secara pemupukan.
Antara alat fikir yang perlu digunakan oleh pelajar dengan mahir dan fasih ialah:
•CoRTs (10)
•6 thinking hats
•Ryan Thinkers keys (20)
•Socretes Q
•JQ (paling popular)
•Perspektif (Jais Sahok)
•Matriks Soalan / Q Matrix
•Kuadron Linguistik (Jais Sahok)
Antara peta fikir yang dapat digunakan untuk memetakan DMI yang diperoleh melalui satu-satu sesi pembelajaran itu pula ialah:
•Peta minda (Tony Buzan)
•iTHINK (8)
•Carta (Y, X, T, Venn, KWL. KWLH, Pokok, Tulang Ikan dll)
•Graphic organizers
•cMAPs Tools
•Dan lain-lain (cipta sendiri)…[JS: Kuadron Linguistik / Matriks Analisis Morfologi Cerpen]

seterusnya, gurulah yang bijaksana menentukan aras pemikiran yang hendak dicapainya dalam satu-satu sesi pemudahcaraan pembelajaran di dalam bilik darjah, sama ada hendak mencapai:
•9 : cipta : aras palimng tinggi dari segi upaya fikir
•8 : inovate, rekayasa, ubah suai
•7 : analisis, audit bahasa
•6 : sintesis
•5 : ingat, retrieve dan guna semula
•4 : kongsi, bincang, ajarkan, komunikasi
•3 : guna, jawab soalan
•2 : faham akanmakna DMI, mesti faham

1: tap / terima DMI oleh sistem kognitif

MOga-moga catatan ini dapat membantu penguasaan perekayasaan kaedah pemudahcaraan pembelajaran BM di dalam kelas.
Selamat mengajar teman guru yang terhormat.