Monday, March 30, 2020

Kompilasi Puisi Virus Corona

Ruangan ini memungkinkan saya memuatkan koleksi atau kompilasi sajak saya berkenaan virus corona yang sudah menjadi CoViD masih tanpa nama maka disebut CoViD-19 yang sangat ditakuti semua manusia sehingga menyebabkan manusia berkelakuan luar biasa..., benar-benar luar biasa. antara keluarbiasaan itu:
i. tidak tahu (maka terpinga-pinga, endah tak endah, ikut tak ikut, faham tak faham, ingkar juga)
ii. takut
iii. arahan berkurung
iv. kerjaya luar biasa
v. pendakwaan di mahkamah secara tidak semena-mena tetapi benar pada undang-undang negara
vi. patuh (ada yang patuh melulu)
vii. ingkar (dalam bodoh sombong pun ada)
viii. mati



Virus Corona

Sebuah kehidupan mikro
mutasi ciptaan tuhan
menjadi gila tiba-tiba
membungkam manusia
menebarkan cemas
membekukan seluruh alam
mengejutkan kemenjadian
mencabar minda
menggugah mata hati
menggoncang inteligensia manusia
menggelisahkan ketenangan
berebut hidup
yang kini terasa
lebih bermakna.

Dalam kurungan taat
manusia mengisytiharkan perang
mencipta vaksin
menelusur seluruh ilmu
mencari serba mungkin
untuk meracun hidupmu.

Benarlah
Allah sudah menebarkan
semua ilmu di dunia
cuma manusia masih
belum menemukannya.


Jais Sahok
Petra Jaya
22Mac2020


347.Jais Sahok. (2020). Virus Corona, dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa dalam ruangan Bahasa dan Sastera, Akhbar Utusan Borneo,  Isnin 30 Mac 2020M, A3, Kuching: The Borneo Post Sdn. Bhd.


sajak saya yang ke-347 tersiar secara eceran dalam media massa.

Tuesday, March 24, 2020

Latar Belakang Pekerjaan Jais Sahok


Latar Belakang Pekerjaan

Data dan maklumat latar belakang pekerjaan ini disediakan untuk memenuhi keperluan para pengkaji seperti pelajar sekolah atau mahasiswa universiti agar mereka tidak susah payah menelaah dokumen yang lain.


i.         1 Januari 1979  - menjadi guru   sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Jalan Kuching-Matang selama  satu  tahun.   Mengajarkan  mata pelajaran Sains Paduan, Matematik dan Geografi (Tingkatan 1).

ii.        4 Januari 1982 --   menjadi  guru  terlatih kategori C2 di SMK Datuk Patinggi Hj  Abdul  Gapor,  Stampin,  Kuching  sehingga Jun 1985.  Mengajarkan mata pelajaran Seni Perusahaan (Tingkatan 1-3) dan Geografi  (Tingkatan 1-5). Sah dalam Jawatan 1 Januari 1983.

iii.      1 Januari 1989  --    menjadi   guru terlatih berijazah (BP PBMP UPM) selama  11  bulan di SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor, Stampin.   Mengajarkan  mata pelajaran   Pengajian Am (Ting  6  Rendah  dan Atas) dan Bahasa Malaysia 1 (Tingkatan  Enam  Rendah dan Atas).

iv.      1.Dis,  1989  - 28 Februari 1995 --  bekerja di Pejabat Bahagian Teknologi  Pendidikan,  Ibu  Pejabat, Jabatan   Pendidikan   Sarawak, sebagai Penolong Pengarah Teknologi Pendidikan (Seksyen  Radio  Pendidikan, Unit Penyiaran, BTP Sarawak).

v.       1 Mac 1995 - 15 Nov 1995  bertukar sebagai guru DG3 (atas permohonan sendiri) ke Kolej Tun Abdul Razak, Batu 24 Jalan Kuching-Serian, Kuching. (selama 4 bulan)  Mulai 1.7.95  dilantik sebagai  PKI sehingga (selama 4 bulan setengah) 16 Nov 1995 setelah surat Kementerian Pendidikan diterima.

vi.      16 November 1995 - 31 Mac 1996 dilantik sebagai Penolong Kanan 1, Kolej Tun Abdul  Razak, KM 38, Jalan Kuching-Sewrian, Kuching. (selama 4 bulan setengah)

vii.    1 April 1996 dilantik sebagai Pengetua SMK Lumba Kuda, Jalan Tan Sri William Tan, Kuching. (selama 4 tahun 1 bulan)

viii.   1 Mei 2000 dilantik sebagai Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)  Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Jalan Kuching-Matang, Kuching.

ix.      1 Mei 2003 dilantik sebagai Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa (SMBK), off-Jalan Batu Kawa, Kuching. (Pada 16 November 2006, diarahkan berpindah sebagai pengetua ke SMK Kidurong tetapi menolak tawaran)

x.       1 Januari 2004 dilantik sebagai PPPS DG44KUP (masih memegang jawatan Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa (SMBK)

xi.      1 Januari 2008 dilantik sebagai PPS DG44 Hakiki (masih memegang jawatan Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa (SMBK)

xii.    1 Januari 2010 dilantik secara Khas Untuk Penyandang PPPS DG48(KUP).

xiii.   19 Oktober 2010 dilantik sebagai Guru BM Tingkatan 6 Gred DG48 Hakiki (Akademik) di SMK Batu Kawa, Kuching.

xiv.  1 Ogos 2013 dipindahkan sebagai Guru BM Tingkatan 6 Gred DG48 Hakiki (Akademik) ke SMK Matang Jaya, Kuching.

xv.    4 Februari 2014 dipindahkan sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah, Bahasa melayu, Sekolah Menengah, (SISC+ BM SM) PPD Kuching Gred DG48.

xvi.  1 Januari 2016 dilantik sebagai PPS DG52 dan kekal menjawat jawatan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah, Bahasa melayu, Sekolah Menengah, (SISC+ BM SM) PPD Kuching.

xvii. 1 Januari 2019 dilantik sebagai PPS DG54 dan kekal menjawat jawatan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah, Bahasa melayu, Sekolah Menengah, (SISC+) PPD Kuching.

Pencen pada 13 November 2019 (tarikh lahir 14 November 1959), Alhamdulillah berkhidmat selama 37 tahun.

Latar Belakang Pendidikan Jis Sahok


Latar Belakang Pendidikan :    
Maklumat ini disediakan khusus untuk membantu pelajar sekolah dan/atau mahasiswa yang memerlukan maklumat dalam kajian tokoh yang dilakukan oleh mereka.

i.                    Sekolah Rendah: Di Lundu (1966-1971)

ii.                  Sekolah Menengah Rendah: SMK Lundu (1972-1974)

iii.                Ting. 4-5: SMK Dragon: (1975-1976) (Aliran Sains)

iv.                Ting. 6: SMK Dragon: (1977-1978) (Aliran Sains)

v.                  Maktab  Perguruan:  Maktab  Perguruan  Batu  Lintang, Kuching.  (1980-1981) (Latihan Untuk Mata Pelajaran Seni Perusahaan)

vi.                Pendidikan  Tinggi:  Universiti  Pertanian Malaysia (Julai 1985 -  Nov  1988:  7 Semester)  (Ijazah Pendidikan-Pengajaran  Bahasa  Malaysia  Sebagai Bahasa Pertama)

vii.              Kursus 3 bulan: Kreativiti Dalam Pengurusan (Untuk Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia.  Di IAB.  1990.

viii.            Pendidikan Sarjana: Universiti Putera Malaysia, (November 1999 – Julai 2001) (Masters Sains Human Resource Development: MS HRD)

ix.                Sarjana Sains Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan maklumat, UiTM (8 September 2005) (MSc Information Management)



Friday, March 6, 2020

Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK21 dan Teknik Belajar HEBAT

Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK-21 dan Teknik Belajar HEBAT


Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK21 saya ilhamkan daripada pelbagai definisi pemikiran kritis atau critical thinking yang bertaburan di mana-mana sahaja sumber.

kekunci ciptaan saya itu saya namai SiABiDiDaMBeY sempena konsep WH Questions dalam bahasa Inggeris atau JQ atau Journalist Questions dalam alat-alat pemikiran yang disyorkan oleh KPM untuk dikuasai oleh para guru dan kemudian diajarkan kepada murid sekolah untuk diamalkan dalam kehidupan insan berfikiran.

Teknik Belajar HEBAT pula saya transform daripada teknik Baca HEBAT yang saya hasilkan tajun lepas (2019) hasil pemahaman saya terhadap saran Literasi Pembacaan yang dikemukakan oleh PKM untuk dikuasai oleh semua guru yang mengajarkan semua mata pelajaran di semua peringkat pembelajaran murid.

Alhamdulillah sudah ada teman-teman guru besar dan/atau pengetua yang menerima konsep ini, sekali gus memanfaatkan saya sebagai pemudah cara di sekolah mereka.

Pada Jumaat 6 Mac 2020, SK Serpan, Asajaya bermurah hati menjadi lokasi perkongsian saya tentang konsep Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK21 dan Teknik Belajar HEBAT ini.
Malu....tapi dia sudah memahami konsepnya, alhamdulillah

Itulah objektif pemudahcaraan ini

Cantik sekali Back Drop mereka

Teman SISC+, Dr Narahan, turut menyokong usaha saya

Sambutan ibu bapa yang 100%

Ibu memudahcarai anak menguasai Kekunci Pemikiran Kritis

Ketika menyamaikan konsep dan penerangan

Saya tinggalkan buku saya Teknik Pembacaan HEBAT dan Kamus Kata Majmuk untuk PSS

Saya menerima cenderamata penghargaan darpada GB SK Serpan Cikgu Jemat Gani


Laporan dalam Akhbar Sarawak Voice oleh pihak sekolah