Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK-21 dan Teknik Belajar HEBAT
Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK21 saya ilhamkan daripada pelbagai definisi pemikiran kritis atau critical thinking yang bertaburan di mana-mana sahaja sumber.
kekunci ciptaan saya itu saya namai SiABiDiDaMBeY sempena konsep WH Questions dalam bahasa Inggeris atau JQ atau Journalist Questions dalam alat-alat pemikiran yang disyorkan oleh KPM untuk dikuasai oleh para guru dan kemudian diajarkan kepada murid sekolah untuk diamalkan dalam kehidupan insan berfikiran.
Teknik Belajar HEBAT pula saya transform daripada teknik Baca HEBAT yang saya hasilkan tajun lepas (2019) hasil pemahaman saya terhadap saran Literasi Pembacaan yang dikemukakan oleh PKM untuk dikuasai oleh semua guru yang mengajarkan semua mata pelajaran di semua peringkat pembelajaran murid.
Alhamdulillah sudah ada teman-teman guru besar dan/atau pengetua yang menerima konsep ini, sekali gus memanfaatkan saya sebagai pemudah cara di sekolah mereka.
Pada Jumaat 6 Mac 2020, SK Serpan, Asajaya bermurah hati menjadi lokasi perkongsian saya tentang konsep Kekunci Pemikiran Kritis dalam PAK21 dan Teknik Belajar HEBAT ini.
Malu....tapi dia sudah memahami konsepnya, alhamdulillah
Itulah objektif pemudahcaraan ini
Cantik sekali Back Drop mereka
Teman SISC+, Dr Narahan, turut menyokong usaha saya
Sambutan ibu bapa yang 100%
Ibu memudahcarai anak menguasai Kekunci Pemikiran Kritis
Ketika menyamaikan konsep dan penerangan
Saya tinggalkan buku saya Teknik Pembacaan HEBAT dan Kamus Kata Majmuk untuk PSS
Saya menerima cenderamata penghargaan darpada GB SK Serpan Cikgu Jemat Gani
Laporan dalam Akhbar Sarawak Voice oleh pihak sekolah
No comments:
Post a Comment