Definisi
Cerpen ialah akronim daripada dua patah perkataan cerita pendek (cerpen).
Menurut A Bakar Hamid (1984: 5-6) bahawa
pengertian pendek pada cerpen mestilah dilihat dari beberapa sudut, iaitu:
i.
pertama-tama
kita harus melihatnya dari sudut kuantiti. Ada orang mengatakan sebuah cerpen
mestilah habis dibaca pada sekali duduk. Ada juga yang berpendapat bahawa
sesebuah cerpen itu harus selesai dibaca sambil minum kopi. Ukuran ini tidak jelas. Ukuran yang lebih tegas dan jelas adalah
dengan menyebut jumlah perkataan yang digunakan – dan menurut ukuran ini cerpen
ditulis antara 500 hingga 20000 patah perkataan.
ii.
kedua,
cerpen harus dilihat dari sudut plot.
Sesebuah cerpen seharusnya cuma mempunyai satu plot dasar; tidak ada
plot sampingan atau anak plot.
iii.
ketiga,
kita harus melihat cerpen dari sudut perwatakannya. Pada cerpen, tidak mungkin
terdapat banyak watak. Perkembangan watak juga terbatas dalam cerpen.
iv.
keempat,
ukuran cerpen harus dilihat dari sudut kesannya. Kesan dari sebuah cerpen mestilah satu. Kerana temanya tidak luas, plotnys tidak
bercabang-cabang, maka kesan yang ditimbulkan mestilah satu pula.
Othman Puteh (1993: 57-58) dalam bukunya Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam
mendefinisikan cerpen sebagai cereka yang bukanlah kisah yang benar-benar
berlaku tetapi bukan pula imaginasi dan rekaan semata-mata. Dengan kata lain rekaan itu bukanlah 100%
fakta, sebaliknya merupakan adunan antara fakta dengan imaginasi yang wujud
dalam benak atau fikiran pengarang.
James H. Pickering dan Jeffrey D. Hoeper (1990)
dalam buku mereka Literature mendefinisikan fiksyen (yang merujuk kepada cerita
pendek dan novel) sebagai sebarang naratif, dalam bentuk prosa atau berangkap,
yang terhasil keseluruhannya atau sebahagiannya melalui imaginasi. Bagaimanapun kenyataan itu disanggah dengan
pantasnya dengan membuat catatan bahawa:
The precise relationship between fiction and life has
been debated extensively among critics and authors since classical times. Most modern critics agree, however, that
whatever is apparent factual content or verisimilitude, fiction is finally a
structured imitation of life and is not to be confused with a literal
transcription of life itself.
Fiksyen selalunya mengadun
bahan mentah dalam bentuk fakta ke dalam bentuk cerita melalui manipulasi
bahasa dengan tujuan menyampaikan mesej tertent kepada pembacanya.
Definisi Cerita Pendek
A Short story is more than just a sequence
of happening. A fine wrought short story
has the richness and conciseness of an excellent lyric poem. Spontaneous and natural as the finished story
may seem, the writer has written it so artfully that there is meaning in even
seemingly casual speeches apparently trivial details. If we scheme it hastily. Skipping the descriptive passages, we miss
significant parts. Some literary short
stories, unlike commercial fiction in which the main interest is in physical
action or conflict, let of epiphany: some moment of insight, discover, or
revelation by which a character’s life, or view of life, is gently altered.
(X. J. Keneedy & Donna Giogia) seperti yang dipetik oleh Fatimah Busu dalam
Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif (2003)
Definisi Jais Sahok
Cerpen ialah
cerita pendek (fiksyen) yang mempunyai satu
plot pembina cerita tentang seorang
watak utama yang yang berada di satu
latar tempat yang mengalami satu
latar masyarakat dan tamadun manusia pada suatu latar masa yang berhadapan dengan satu jenis masalah hidup yang menimbulkan konflik dalam kehidupannya yang akhirnya bertemu dengan jalan penyelesaian yang terkarang oleh
sekitar 10 000 patah perkataan dalam laras bahasa karya kreatif-naratif.
Rujukan
A. Bakar Hamid, 1984.
“Pengertian Cerpen,” dalam A Bakar Hamid & Usman Awang (penyelenggara), Panduan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh, 1993. Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pickering, James H. dan Hoeper, Jeffrey D. 1990. Literature
(edisi keempat). Englewood Cliffs, NJ:
Macmillan PublishingCompany.
No comments:
Post a Comment