SISC+ Kuching anjur
Kursus Penulisan Cerpen Untuk Guru BM
SISC+ Bahasa Melayu,
Prjabat Pendidikan Daerah Kuching Berjaya menganjur Kursus Penulisan Cerpen Untuk
57 orang Guru BM dari 28 buah sekolah menengah di PPD Kuching. Kursus yang
berlangsung pada 22 Julai 2014 itu bertujuan untuk membolehkan para peseerra
i.
Mendefinisikan
cerpen secara autentik dan pasti
ii.
Melengkapkan
dan Menggunakan alat-alat panduan (borang matriks, rangka tulang ikan, papan
cerita, elemen-elemen cerpen) penulisan cerpen
iii.
Menghasilkan
perenggan pertama cerpen
iv.
Menghasilkan
perenggan penamat cerpen
PPD Kuching menggunakan
SISC+ PPD Kuching sendiri sebagai pemudah cara kursus dan bengkel. Pemudah cara
diketuai oleh SISC+ BM Sekolah Menengah, Cikgu Jais Sahok, dan dua orang SISC+
BM Sekolah Rendah, Cikgu Affendy Jalong dan Cikgu Asmah Amin.
SISC+ BM SM Jais Sahok yang
mengendalikan keseluruhan bengkel penulisan itu mengetengahkan konsep penulisan
cerpen secara berproses. “Gagasan ini perlu difahami oleh para guru agar dapat
memperkenalkannya kepada pelajar secara berproses juga. Yang penting, pelajar
perlu mahir mengarangnya secara berproses,”kata Jais Sahok.
Jais Sahok juga percaya
bahawa penulisan cerpen secara berproses diperkenalkan untuk mengatasi beberapa
masalah yang pada hematnya menjadi masalah dan kekangan para oenulis baharu dan
para pelajar sekolah untuk menghasilkan cerpen pertama mereka.
Dalam proses penulisan
cerpen itu, Jais Sahok mengajar para guru BM secara peringkat demi peringkat
seperti urutan berikut:
i.
Mendefinisikan cerpen secara berproses
ii.
Mengisi borang matriks analisis
morfologi untuk membantu pelajar mengilhamkan sebuah (sebenarnya 10 000 buah
cerpen dalam satu boring matriks) cerpen berdasarkan empat elemen cerpen yang
utama, iaitu watak, latar, matlamat dan halangan.
iii.
Mengenal pasti dan menyusun elemen
cerpen secara rajah tulang ikan agar tidak satu pun elemen yang tertinggal
apabila cerpen mula ditulis
iv.
Mengisi papan cerita untuk menyusun plot
cerita agar perjalanan cerita munasabah dan bermutu tinggi
v.
Menentukan tiga estetika karya (esterika
bahasa, esterika sastera dan estetika ilmu) diterapkan secara teratur dan
dilakukan dengan sedar (bukan kebetulan)
vi.
Menulis perenggan pertama (salah satu
masalah utama para penulis baharu dan para pelajar sekolah ketika menulis karangan
jenis kreatif)
vii.
Menulis perenggan penutup (kesukaran
yang tipikal kerana penulis (termasuk pelajar sekolah) berasa ragu-ragu hendak
menamatkan cerita.
“Selepas ini, setelah
perenggan pertama dan terakhir terhasil seperti yang dikehendaki sendiri oleh penulisnya,
bahagian tengah cerpen menjadi sangat mudah untuk disiapkan,” kata SISC+ Jais
Sahok dengan penuh yakin. Para peserta sendiri berpendapat bahawa kaedah ini
memberikan mereka input kaedah penulisan yang bersifat alternatif dan mudah
diikut.
Boring mattiks analisis
morfologi penulisan cerpen diperkenalkan oleh Jais Sahok kerana percaya bahawa
kaedah itu mudah dan memungkinkan penulisan cerpen yang banyak. SISC+ Jais Sahok mementingkan perisian borang
matriks analisis morfologi kerana penulis yang baharu dan tidak pernah menulis
cerpen pun akan dapat mencetuskan sebuah cerita dengan mudah.
“Saya sudah banyak kali
menggunakan kaedah ini dengan murid tahun 4, 5, atau enam dan peserta setua
lebih lima puluh tahun, semuanya mampu menghasilkan cerita. Prosesnya tentulah
agak memakan masa kerana aspek ‘bisa’ perlu dialahkan oleh ‘biasa’. Masukan
elemen-elemen itu pula sangat signifikan,” kata Cikgu Jais Sahok menyatakan
rasa bangganya kerana semua guru BM yang menyertai kursus menyatakan rasa yakin
untuk menggunakan kaedah berproses ini. mereka juga yakin bahawa pelajar dapat
mengikut prosesnya dengan mudah lebih-lebih lagi apabila dilakukan melalui
kaedah pembelajaran kolaboratif.
Menurut Cikgu Jais
Sahok juga bahawa bengkel kaedah kolaboratif dipentingkannya kerana trend
pembelajaran dalam agenda Transformasi Pendidikan Negara (DTP) mutakhir ini
tidak memberi ruang walau sedikit pun kepada pembelajaran terpisah,
bersendirian atau terasing. “Pengajaran berpusatkan guru sudah berakhir,”kata
Cikgu Jais Sahok. “Sekarang guru hendaklah menjadipemudah cara sahaja,
pelajarlah yang perlu aktif terlibat dan melakukan aktiviti kerana itulah
proses pembelajaran yang autentik,” sambung Jais Sahok lagi.
Sebagai pegawai SISC+,
beliau melatih guru-guru agar mengamalkan kaedah pembelajaran kolaboratif para
pelajar untuk semua aktiviti kebahasaan dan pembelajaran bahasa.
“Ketika mengadakan
ceramah dan bengkel begini, tentulah saya perlu menunjukkan teladan yang boleh
menjadi ikutan para fasilitator di dalam bilik darjah masing-masing kemudian
kelak,” kata Jais menjelaskan tindakannya.
Jais Sahok turut
memaparkan objektif aktiviti sepanjang hari itu agar sentiasa dapat dilihat dan
dibaca secara sedar oleh para peserta. “Semua pelajar perlu sedar akan objektif
pembekajaran yang perlu dicapai oleh mereka. Iilah yang dinamai pembelajaran
dalam keadaan sedar,” tegas Cikgu Jais Sahok.
Beberapa orang SISC+
dari PPD yang lain turut berasa bahawa para guru di daerrah mereka perlu diberi
pendedahan yang sama. “Saya akan bawa konsep ini, kalau dapat penceramahnya
sekali berceramah dan berbengkel di Lundu,” kata Cikgu Abang Amin Abang Rasidi,
SISC+ BM PPD Lundu.
Cikgu Abing Hassan,
SISC+ BM PPD Bau pula berpandangan bahawa pelajar dan guru memang wajar melalui
pendedahan ini agar kemahiran alternatif melaluipendekatanyang sedikit
berlainan dari yang terkandung di dalam buku teks turut dapat dimanfaatkan.
Seorang pegawai SIP+ (School Improvement
Partnership) yang turut hadir, Cikgu Fatiman Nancy dari PPD Lundu turut berasa
bahawa kaedah ini berkesan untuk memberi pemahaman yang menyeluruh secara
kolaboratif. “Para peserta berasa seronok. Sudah pasti para pelajar sekolah
juga akan berasa seronok,” kata beliau dengan yakin.
Cikgu Jais Sahok pula
menyatakan kesanggupannya membantu mana-mana SISC+ BM di seluruh negeri Sarawak
selagi khidmatnya diperlukan. Begitu juga jika ada sekolah menengah yang
memohon khidmatnya, secara rasmi, akan diberikan seikhlasnya.
Cikgu abg amin....antara cikgu yang terbaik pernah mengajar saya..terima kasih cikgu...
ReplyDelete