Friday, June 29, 2012

Peranan Ibu Bapa Dalam Kejayaan Anak



SK Semenggok Kuching Adakan Ceramah Keibubapaan UPSR



Sekolah Kebangsaan Semenggok Kuching melakukan langkah proaktif sebagai persiapan UPSR 2011 dengan mengadakan Ceramah Keibubapaan UPSR bagi para ibu bapa yang anak medreka sedang belajar di tahun enam.

Pihak sekolah dengan kerjasama sepenuhnya daripada PIBG mengadakan ceramah ini kerana sangat mengharapkan sumbangan dan peranan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang saangat penting untuk membantu sekolah mencemerlangkan anak-anak mereka, kata Cikgu Johana Nai, Guru Besar SK Semenggok.

Sambil menyatakan persetujuan dan sokongan kepada gagasan yang diketengahkan oleh pihak sekolah ini, YDP PIBG SK Semenggok, Encik Razali Jahari sangat berharap rakan-rakan ibu bapa agar membantu anak sendiri untuk Berjaya dalam UPSR.

Penceramah jemputan ialah Guru BM Tingkatan 6 dari SMK Batu Kawa, Cikgu Jais sahok. Dalam ceramahnya kepada kira-kira 120 orang ibubapa pada hari Sabtu 5 Mac 2011 itu beliau mengajak ibu bapa memainkan peranan sewajarnya dengan menyenaraikan 30 peranan itu seperti:
1.        Sentiasa bersama anak-anak
2.        Melahirkan rasa kasih sayang melalui pelbagai interaksi langsung dengan anak-anak
3.        Memberi nasihat/panduan yang berhemah kepada anak
4.        Meraikan anak-anak pergi dan balik dari sekolah
5.        Memberatkan pendidikan agama di rumah
6.        Terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
7.        Mengatur (dan terlibat sama) masa rehat dan riadah anak-anak
8.        Menggalakkan dan menyediakan suasana membaca
9.        Menunjukkan contoh-contoh yang terbaik kepada anak-anak – ayahlah model, ibulah model anak-anak
10.     Meluangkan masa dan bergurau senda dengan anak-anak – keluarga mesra, anak cemerlang
11.     Mengujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak
12.     Menggunakan bahasa yang betul ketika bersama anak-anak
13.     Menunaikan janji kepada anak-anak
14.     Menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
15.     Berminat untuk melayan pertanyaan anak-anak
16.     Memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
17.     Tidak mengancam dan menakutkan anak-anak
18.     Makan bersama anak-anak
19.     Tidak memberikan hukuman yang akan mendatangkan kesan psikologi
          kepada anak-anak
20.     Memberikan nasihat kepada anak-anak
21.     Memberikan penghargaan kepada anak-anak, khususnya apabila anak menunjukkankejayaan
22.     Bersikap tegas dan terbuka ketika mendidik anak-anak
23.     Membantu anak-anak membuat jadual belajar yang betul
24.     Berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan disiplin anak-anak
25.     Berbincang dengan anak-anak cara menangani masalah
26.     Sentiasa bersedia mendengar masalah anak-anak
27.     Sentiasa memantau pergerakan anak-anak
28.     Menemani anak-anak ketika mereka belajar
29.     Membimbing anak-anak sebelum mereka berada di dewan peperiksaan
30.     Mendoakan kejayaan anak-anak


Sebagai pernyataan rasa cinta akan dunia pendidikan, Jais Sahok turut menawarkan khidmatnya untuk program pasca UPSR untuk mengadakan aktiviti seperti penyuburan inteligens linguistik, penulisan kreatif atau kemahiran berfikir penghujung tahun nanti.

Sebagai sokongankjepada aktiviti sekolah, Cikgu jais Sahok turut menyumbangkan beberapa buah buku kepoada PSS sekolah melalui Guru Besar, Cikgu Johana Nai. Di samping itu, bagi ibu bapa yang bertuah danmenganmbil bahagian dalam ceramah sepanjang dua jam, Jais turut menyumbangkan buku karya kreatif beliau seperti novel sebagai cenderamata kenangan. Antara novel yang diagihkan ialah Bermulanya di Sini, Sekerat Rotan Sebuah Kasih dan Perempuan Tua di Bangunan Satok.





No comments:

Post a Comment