Friday, June 29, 2012

MPP TUNAZ adakan Kursus Perucapan Awam

Baru-baru ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang terdiri daripada Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Pengawas Sekolah dan Pengawas Asrama menganjurkan kursus dan bengkel Perucapan Awam di Dewan Kuliah Sekolah. Sebanyak 80 orang pelajar yang terdiri daripada ahli MPP Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 menbghadiri kursus sepanjang pagi itu.

Pengendali kursus, Cikgu Jais Sahok, Guru Akademik (BM) Tingkatan 6, SMK Batu Kawah Kuching menggunakan buku Berucap Bagai Juara sebagai rujukan bimbingan utama kursus. Buku Berucap Bagai Juara merupakan salam sebuah buku terbitan SMK Batu Kawah dan dijadikan teks panduan perucapan di sekolah dan turut digunakan di sekolah-sekolah lain.
“SMK Agama TUNAZ merupakan sekolah pengongsi ilmu kami melalui konsep ‘pengelompokan atau cluster sumber ilmu’,” kata Cikgu Jais Sahok.
Cikgu Jais Sahok, pengarang buku Berucap Bagai Juara mengaku tiga kali pencetakan buku itu ringkas dan padat untuk dijadikan bahan panduan perucapasn awam oleh sesiapa sahaja. “Bagaimanapun nota yang terkandung di dalamnya cuma teori, pembacanya masih perlu melakukan amalinya.” Kata Cikgu Jais apabila menegaskan keterampilan individu insan berlangsung secara berproses melalui VAKOG.
Aspek visual membolehkan seseorang insan memperoleh keterampilan melal;ui penglihatan dan pembacaan. Aspek audio pula melalui pendengaran, namun amalinya ialah aspek kinestetik. Pengetahuan yang diperoleh melalui penglihatan dan pendengaran hendaklah dimanifestasikan melalui amalan.
Sesi kedua kursus perucapan awam yang dikendalikan oleh Cikgu Jais Sahok merupakan amali dalam bentuk perbahasan. Dalam perbahasan, para pelajar berpeluang mengumpul maklumat da nisi kandungan tajuk yang diberikan. Melalui penggunaan tips-tips dan petua-petua yang disarankan di dalam buku Berucap Bagai Juara, para pelajar berpeluang berucap secara berlawan.
Melalui masa sesingkat empat jam, cikgu Jais turut memberikan alat-alat pemikiran yang perlu ada pada setiap insan yang hendak mempunyaiu upaya tinggi dalam kemahiran berfikir. Alat-alat pemikiran itu ialah:
                    i.         PMIPlus, Minus, Interesting – setiap data atau fenomena di sekeliling seseorang dapat dilihat secara negatif, positif atau menarik. Pendengar seharusnya akan berfikir seperti ini Apabila menganalisis sesebuah karya yang dihidangkan oleh perucap cerpen. Satu-satu fenomena atau gejala social perl;u dilihat begini juga.
                  ii.CAFconsider all factors – ketika berfikir, seseorang hendaklah mempertimbangkan semua perkara, ambil kira semua factor yang berkaitan
                iii.C&SConsequence and Sequel – ketika memikirkan sesuatu, hendaklah dilihat dari sudut sebab dan akibat dan perkara yang akan berlkaku selanjutnya.
                iv.AGOAims, Goals, Objectives – ketika memikirkan sesuatu fenomena, bendaklah diambil kira tentang matlamat, tujuan dan objektif sesuatu itu terjadi, dilakukan atau diwujudkan. Malah kewujudan itu sendiri ada matlamat, tujuan dan objektifnya yang sudah tetap. Tugas manusia ialah memikirkannya.
                  v.FIPFirst Important Priorities – ketika memikirkan keputusan tentang sesuatu atau tindakan yang hendak dilakukan terhadap sesuatu fenomena, berilah pertimbangan terhadap perkara yang utama. Sebelum itu, tentukanlah perkara yang utama.
                vi.APCAlternatives, Possibilities, Choices – fikirkanlah alternatif, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan apabila hendak membuat keputusan tentang apa-apa sahaja.
              vii.OPVOther Peoples View – perttimbangkan pendapat orang lain, pandangan sesiapa sahaja
            viii.Rules – peraturan, mengatur cara berfikir, patuh kepada sikuen – apabila memikirkan sesuatu fenomena, fikirkankan bahawa fenomena itu ada peraturannya, cara berfikir tentangnya hendaklah diatur sedemiukian rupa biar ada kemunasabahannya pada konteks, dan sebarang fenomena atayu kejadian sebenarnya patuh kepada sikuen.
                ix.         Planning - Melibatkan  tiga atau empat alat pemikiran secara saling melengkapi atau bersepadu, iaitu AGO, C&S, CAF, PMI: Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran membuat perancangan
                  x.Decision – melibatkan semua alat pemikiran yang dinyatakan dalam CoRT; terpulanglah kepada kaedah pemikir hendak membuat pemilihan, dan pemilihan yang dilakukan itu tentu sekali didasarkan kepada kesesuaian.
                xi.Siabidibam – 6W1H – fikirkanlah tentang apa-apa sahaja tentu sekali menampakkan apa yang terjadi, siapa yang melakukannya, siapa yang terlibat, siapa yang akan dilibatkan, bagaimana kejadian itu boleh terjadi, di mana berlakunya, bila dan berapa lama kejadian itu berlangsung, yang mana satu berlaku dahulu, mengapa perkara itu terjadi – hendaklah difikirkan selepas satu, satu soalan hendaklah dilontarkan dankemudian dijawab.
              xii.         Perspektif atau dimensi – apabila memikirkan sesuatu fenomena, jangan lupa mempertimbangkan kepelbagaian dimensi atau perspektif seperti dari dimensi jantina, dimensi wilayah, dimensi bangsa, dimensi ekonomi, dimensi sosial, dimensi agama, dimensi kerjaya, dimensi keilmuan dan pelbagai dimensi yang lain lagi.
Pengetua sekolah, Ustazah Afida Helmi berpendapat bahawa keterampilan perucapan awam sangat diperlukan oleh para pemimpin pelajar sekolahnya kerana ahli-ahli MPP merupakan pelajar barisan hadapan sekolah. “Mereka hendaklah hebat dan mengagumkanpelajar yang lain,” tambah Ustazah Afida Helmi.
Ustaz Fadzil dan Ustaz Azmi yang mennyertai pelajar sepanjang sesi kursus dan bengkel berpendapat sesi itu sangat berguna bagi pelajar, sekurang-kurangnya sebagai pembuka minda dan input tambahan kepada kehebatan pelajar yang sememangnya sudah ada.
 Cikgu Jais Sahok memberi tunjuk ajar sebelum peserta berpidato

Cikgu Jais pula menyatakan pendiriannya, “jika saya menitipkan sedikit ilmu kepada keterampilan peserta, saya akan turut berasa bangga apabila mereka meminpin Negara saya setelah saya tua kelak.” 

 Cikgu Jais dan Ust Zambri bergambar kenangan dengan para peserta kursus bersama buku masing-masing

 Ini gaya saya... Salihazwan Semail (T4)

 Pemidato perempuan (T3) menyampaikan hujahnya dengan lantang

 Salah satu gaya perucapan awam (Pel. T2)

 Sesi Perkongsian Ilmu untuk menjamin kemenangan perucapan

Ust Fadhil bersama-sama Staf SMKA TUNAZ menerima buku Berucap Bagai Juara.

Tuesday, October 25, 2011

Puisi kerohanian

Ingin

Jais sahok

Ya Allah ya Hayu ya Qayum
kuntum rasa ini kian berbunga
mengembangkan keinginan
untuk menghitung batu-batu jalanan
menjejak qasidah
dan langkah kaki
wira padang pasir

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
pautlah punggung ini sekuatnya
agar terdorong langkahku ke bir ali
berihram, bersuci
untuk menarikan langkah-langklah taqwa
di sekeliling pusat pusar planet ciptaan-Mu ini
menyanyikan keredhaan
beristislam kepada baitullah
bahawa keinginan ini ialah keimanan
manifestasi ketaatan
melakukan selawat
meniti jalur keimanan
menganyam kepercayaan
terhadap-Mu
terhadap rasul-Mu
terhadap malaikat-Mu
terhadap kiamat
terhadap qada’ dan qadar-Mu

ya Allah Ya Karim
suburkanlah taman hati ini
untuk patuh menarikan rentak pusingan
tawaf dengan perakuan
            baitullah ialah rumah-Mu
            dan aku hamba-Mu
            tempat ini ialah tempat perlindungan
            Ya Allah, lindungilah aku
cintakanlah imanku
bencikanlah aku kepada kekufuran
peliharalah seluruh urat saraf dan daging jasadku
daripada rejam jahanam
Ya Allah Ya Jabbar
berilah aku petunjuk-Mu

Ya Zul-Jalal hi wa al-Ikram
lindungilah aku daripada
kejahatan syak dan ragu-ragu
kejijikan syirik
keburukan permusuhan
kemunafikan
perangai jahat
kebusukan pandangan buruk

Ya Allah Ya Mujib
aku mohon, ya Allah, berilah aku keredhaan-Mu
di sini, aku berlindung

ya Allah Ya Alim ya Toha
dari panorama keinginan ini
terimalah tawafku
terimalah sai’iku
ampunilah dosaku
terimalah amal solehku

ya Allah ya Nur al Hadi
berilah aku nur
berilah aku petunjuk
keluarkan aku dari kegelapan
berilah aku keampunan

ya Allah ya Malik al-Mulk
suburkanlah keinginan ini
sekali lagi
untuk aku memohon perlindungan
untuk aku berada di singah sana arasy-Mu
ya Allah ya Fattahul Alim
kupohon, berilah aku zatmu
berilah aku minuman agar aku tidak haus selama-lamanya
ya Allah ya Karim
aku mohon syurga-Mu ya Allah
aku mohon nikmat yang Kaujanjikan
ya Allah ya Rafiq Ya Muiz
ampunilah juga segala kesalahanku,
            terhadap semua makhluk ciptyaan-Mu
halalkan semua rezeki yang telah Engkauberikan
hindarkanlah aku daripada semua yang haram bagiku
berilah aku nikmat kelebihan-Mu
berilah aku keampunan-Mu
kukunjungi rumah-Mu,
            kerana-Mu ya Allah
rumah-Mu sungguh agung ya Allah
zat-Mu zat paling mulia ya Allah
Engkaulah yang maha Pemurah
Engkaulah yang maha Agung
Engkaulah yang maha pemberi kemaafan

Ya Allah Ya Muktadir Ya Muqaddim
dari lukisan keinginan ini
kupuhon
berilah aku iman yang sempurna
berilah aku rezeki yang banyak
berilah aku rezeki yang halal
berilah aku hati yang khusyuk
berilah aku lidah yang selalu berzikir
berilah aku peluang taubat sebelum kembali kepada-Mu
berilah aku ketenangan ketika nazak
berilah aku keampunan ketika dihisab
berilah aku kejayaan syurga
berilah aku tambahan ilmu
dan
masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh
amin ya rabbalalamin

15 Ramadhan 1432H
15 Ogos 2011M