Sunday, December 3, 2023

Mari Berfikir: Asas Permulaan Pemikiran Seorang Insan

 Mari Berfikir: Siri 1



Mari berfikir.

1. Ambil sesuatu. Sebatang pensel. 

2. Cuba anda fikirkan hal sebatang pensel itu. 

3. Catatkan hasil pemikiran anda dalam peta minda yang terbiasa bagi anda (umpamanya Peta Minda Tony Buzan) atau senaraikan sahaja hasil pemikiran anda itu jika penyenaraian ialah budaya anda selama ini.

4. Tulis karangan sepanjang 120 patah perkataan (jika anda murid tahap UPSR/ 12 tahun ke bawah) atau 180 patah perkataan (tahap PMR atau berusia antara 13-15 tahun) atau 350 patah perkataan (jika anda berusia 16-17 tahun) atau seribu lima ratus patah perkataan (jika anda berusia 18 tahun atauy lebih).

5. Bentangkan hasil pemikiran anda tadi (sama ada dalam bentuk catatan peta minda atau karangan yang siap sempirna) di hadapan rakan sebaya anda. 

Syabas! Anda pandai berfikir.


Dalam proses berfikir tadi, apakah yang terjadi?

Ikuti langkah permulaan ini selanjutnya jika anda terkial-kial memikirkan sebatang pensel atau tertanya-tanya akan perkara yang patut difikirkan tentang pensel itu sedangkan arahannya cuma fikirkan sebatang pensel.

Anda pandai tak memikirkan sebatang pensel?

Begini caranya....

1. Mulakan dengan bertanya soalan

2. Jawab semua soalan anda sendiri itu

3. Kumpul semua data dan maklumat tentang perkara yang anda fikirkan itu dalam peta minda yang sesuai / yang anda gemari

4. Gunakan maklumat yang anda peroleh itu untuk mengarang atau membuat pembentangan di hadapan sesiapa sahaja.

5. Proses yang anda lelalui itu ialah berfikir kerana dari No 1 hingga ke No 4, sistem kognitif anda bekerja dengan begitu aktif. kata orang tua-tua, anda memerah otak melakukannya.


Mari Berfikir: Siri 2

Bagaimanakah memulakan tugas berfikir dengan bertanya soalan? Berapa banyakj soalannya. Apakah alat fikir yang hendak digunakan?

No comments:

Post a Comment