Wednesday, February 19, 2020

Bengkel Teknik Baca HEBAT yang Pernah Saya Kendalikan (Hingga 20.2.2020)


Bengkel Teknik Baca HEBAT

1.   Mukadimah

Bismillahirahmanirahim. Assallamualaikum. Salam sejahtera. Pembaca yang kami muliakan.

Anak-anak kita ke sekolah pada setiap hari. Mereka membaca, menulis, mengira, berfikir da nada ketikanya berfikir hingga ke aras tinggi.
Dalam pentaksiran bertaraf dunia, upaya fikir anak-anak kita didapati berada di takuk yang sangat memalukan.
KPM memicu transformasi pendidikan melalui pelbagai kaedah, dan usaha agar anak-anak kita mampu berdiri sama tinggi dengan warga dunia seusia mereka. Namun, perujian PISA masih menampakkan kekurangan uopaya kognitif anak-anak kita.
Anak-anak didik kita dikatakan tidak hebat kerana tidak membaca dengan HEBAT. Maka KPM menguasahan pelnbagai cara agar anak-anak kita membaca dengan menggunakan teknik HEBAT. Malangnya para guru masih banyak yang belum berkenalan dengan tehnik membaca HEBAT, apatah lagi hendak mengamalkannya di dalam bilik darjah agar anak didik mereka menjadi pembaga yang HEBAT. Maka kekallah anak-anak kita menjadi pelajar yang mampu berada ditahap mampu berfikir (KB). Mereka belum mampu berfikir di aras yang tinggi (KBAT).
Buku kecil ini menghimpunkan kesemua teknik membaca HEBAT dengan penerangan yang sedikit dan cadangan amalan yang mudah agar semua anak didik di semua peringkat pendidikan dapat menguasai dan kemudian mengamalkannya.
Buku ini turut dikhususkan kepada ibu bapa, andai anda meneliti anak anda membaca, tidak berbudaya HEBAT, maka rangsanglah mereka membaca dengan HEBAT kerana anak-anak orang di luar Malaysia sudah lama membudayai bacaan HEBAT. Tidak hairanlah anak mereka itu hebat belaka.

Jais Sahok
Jun 2018


Bil
Tarikh
Aktiviti / Teknik HEBAT / tempat / audiens / penganjur
Gambar
1.        
23.5.18
PLC TSS di SK Goebilt
Bersama-sama
1.       SISC+ Jais Sahok
2.       GB Puan Hasmah Hussin
3.       PK1 Cgu Yahya Sulong
4.       Cgu Yusof Hj Bujang
5.       Cgu Mohd Nor Arbi B Sulaiman
6.       Cgu Saemah Bt Lapanaomi
7.       Cgu Jamaiah Bt Tahir
8.       Cgu Dayang Haslina  Abg Mansor
9.       Cgu Jauyah BT Rasit
10.    Ust Emisuriaty Bt Morshidi
11.    Pn Pooly Steven

TSS adalah berkaitan dengan penggunaan teknik baca HEBAT dalam kalangan 58 orang murid T6
·      KWLH (untuk semua mata pelajaran)
·      SiABiDiBaM (untuk semua mata pelajaran. Digunakan juga bersama-sama teknik baca yang lain)
·      CHATT (untuk semua mata pelajaran)
·      WaLaMaHaP (untuk subjek bahasa / bahan prosa: Bahasa Melayu dan BI)

2.        
25.5.18
PLC LS di SK Goebilt
Bersama-sama
Guru-guru, 58 org Murid T6, ibu bapa

Bengkel adalah  berkaitan dengan penggunaan teknik baca HEBAT dalam kalangan 58 orang murid T6
·      KWLH (untuk semua mata pelajaran)
·      SiABiDiBaM (untuk semua mata pelajaran. Digunakan juga bersama-sama teknik baca yang lain)
·      CHATT (untuk semua mata pelajaran)
·      WaLaMaHaP (untuk subjek bahasa / bahan prosa: Bahasa Melayu dan BI)
·      ACID (unuk semua mata pelajaran)
 Pembacaan dalam mata pelajaran
i.                     Bahasa Melayu
ii.                    Bahasa Inggeris
iii.                  Sains
iv.                  Matematik

Pemerhatian dalam LS:
i.         Pengenalan Teknik Baca HEBAT
ii.        Borang Baca HEBAT dan penggunaannya
iii.      Aplikasi Teknik Baca HEBAT Murid Tahun 6 bersama ibu/bapa/penjaga
iv.      Hal-hal lain yang berkaitan


3.        
4.6.18
PLC LS di SK Bandar Samariang
Bersama-sama
Guru-guru, 42 org Murid T6

Bengkel adalah  berkaitan dengan penggunaan teknik baca HEBAT dalam kalangan 58 orang murid T6
·      KWLH (untuk semua mata pelajaran)
·      SiABiDiBaM (untuk semua mata pelajaran. Digunakan juga bersama-sama teknik baca yang lain)
·      CHATT (untuk semua mata pelajaran)
·      WaLaMaHaP (untuk subjek bahasa / bahan prosa: Bahasa Melayu dan BI)
·      ACID (unuk semua mata pelajaran)
 Pembacaan dalam mata pelajaran
i.                     Bahasa Melayu
ii.                    Bahasa Inggeris
iii.                  Sains
iv.                  Matematik

Pemerhatian dalam LS:
  1. Pengenalan Teknik Baca HEBAT
  2. Borang Baca HEBAT dan penggunaannya
  3. Aplikasi Teknik Baca HEBAT Murid Tahun 6 bersama ibu/bapa/penjaga
  4. Hal-hal lain yang berkaitan


4.        
25 - 26.6.2018
Teknik Baca HEBAT dan PBL mata pelajaran Sejarah SPM

20 orang Guru sejarah Ting 4 dan 5 dari 10 buah sekolah terpilih
  1. SMK Santubong
  2. SMK Bandar Semariang
  3. Sekolah Seni
  4. SMK TAR
  5. SMK Petra Jaya
  6. SMK Padungan
  7. SMK Demak Baru
  8. SMK Tabuan Jaya
  9. SMK DPHA Gapor
  10. SMK Semerah Padi

Bengkel membincanglam teknik baca
·      KWLH (untuk semua mata pelajaran)
·      SiABiDiBaM (untuk semua mata pelajaran. Digunakan juga bersama-sama teknik baca yang lain)
·      CHATT (untuk semua mata pelajaran)


5.        
28.6.2018
Teknik Baca HEBAT Bahasa Melayu 60 orang murid tahun  6 Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong
Bengkel menggunakan:
KWLH
SiABiDiBaM

Memperkenalkan semua teknik pembacaan yang lain
6.        

Teknik baca HEBAT diperkenalkan kepada Pengetua, PK1, PKHEM, dan  KB Bahasa  dan Kemanudiaan,  KP Bahasa Melayu, KP Sejarah, di SMK Santubong.

GDB diberi pendedahan kepada teknik Baca HEBAT untuk seterusnya diaplikasikan kepada para pelajar di dalam bilik darjah
Teknik bacaan HEBAT yang diperkenalkan ialah
i.                    Teknik baca Luncur
ii.                  Teknik baca Imbas
iii.                Teknik DiABiDiBaM / 5W1H
iv.                Teknik baca THRILD
v.                  Teknik Baca PARAgambar
vi.                Teknik baca QUACK
vii.              Teknik baca ACID
viii.            Teknik baca CHATT
ix.                Teknik baca KWLH
x.                  Teknik baca SQ4R
xi.                Teknik baca RADAR
xii.              Teknik baca REAP
xiii.            Teknik baca PMIT
xiv.            Teknik baca PIMI
xv.              Teknik baca WaLaMaHaP
xvi.              Teknik baca BMKaPKB
xvii.          Teknik baca E-Baca
xviii.        Teknik baca berpasangan
Guru perlu menguasai teknik baca ini terlebih dahulu sama ada
i.                    Melalui bengkel sesama guru
ii.                  Penggunaan langsung di dalam bilik darjah secara kolaboratif bersama-sama SISC+
iii.                Libatkan semua guru semua mata pelajaran lain agar semua memperoleh manfaatnya
iv.                Libatkan semua pelajar lain


7.        
13.7.2018
Khamis
Teknik baca HEBAT diperkenalkan kepada Guru Besar, PK1, PKHEM, PKKoKo dan semua KP Sekolah Kebangsaan Bandar Samariang.
Teknik Baca HEBAT diperkenalkan oleh SISC+ Jais Sahok. Teknik baca HEBAT dibincangkan bersama-sama GDB untuk memperkenalkan konsep dan kemungkinan penggunaannya dalam mata pelajaran yang sesuai.
Teknik baca HEBAT yang diperkenalkan ialah:
i.                    Teknik baca imbas
ii.                  Teknik baca luncur
iii.                Teknik baca 5W1H atau SiABiDiBaM
iv.                Teknik baca THRILD
v.                  Teknik Baca PARAgambar
vi.                Teknik baca QUACK
vii.              Teknik baca ACID
viii.            Teknik baca CHATT
ix.                Teknik baca KWLH
x.                  Teknik baca SQ4R
xi.                Teknik baca RADAR
xii.              Teknik baca REAP
xiii.            Teknik baca PMIT
xiv.            Teknik baca PIMI
xv.              Teknik baca WaLaMaHaP
xvi.              Teknik baca BMKaPKB
xvii.          Teknik baca E-Baca
xviii.        Teknik baca berpasangan
Para guru dan semua ahli PLC dicadangkan meneliti kesesuaian teknik untuk digunakan dalam pembacaan mata pelajaran masing-masing dan mengatur kemungkinan sesi bengkel seterusnya sekiranya masih perli melibatkan SISC+.


8.        
15.72018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada murid tahun 6 dari 6 buah sekolah (10 orang murid dan ibu bapa dari setiap sekolah) di Daerah Kuching, anjuran PPD Kuching, kendalian Sekolah Kebangsaan St Andrew, tajaan Yayasan Pendidikan MARA. Di Dewan Kuliah A, IPG Batiu Lintang, Kuching.
9.        
20.7.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua murid tahun 6 bersama-sama ibu bapa masing-masing di Sekolah Kebangsaan Serumbu, Bau.

10.     
25.7.2018
Ceramah teknik baca HEBAT kepada semua staf Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong, Kuching
11.     
26.7.2018
Bengkel Modul Sejarah dan aplikasi Teknik Baca HEBAT sebagai intervensi ulang kaji mata pelajaran Sejarah pelajar SPM di daerah Kuching.
Bengkel diadakan bersama-sama Kumpulan SJSKJ dan 7 orang guru sejarah terpilih.
12.     
28.7.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua 156 orang  murid tahun 6 di SK Satria Jaya Kuching bersama-sama ibu atau bapa atau penjaga masingimasing.

13.     
1.8.2018
Ceramah dan Bengkel penulisan Kreatif KMK (cerpen dan puisi) dan Teknik Baca HEBAT untuk kecemerlangan pembelajaran di SMK Balai Ringin, Kota Samarahan.

14.     
3.8.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua 56 orang  murid tahun4, 5 dan 6 di SK Sebiris Lundu bersama-sama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.

15.     
11.8.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua 68 orang  murid Tingkatan 1 di SMK Matang Jaya, PPD Padawan  bersama-sama lima orang ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.

16.     
18.8.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua 156 orang  murid tahun 6 di SK Tabuan Hilir bersama-sama ibu atau bapa atau penjaga masingimasing.

17.     



18.     
29.9.2018
Bengkel Baca HEBAT BM, BI, Maths dan Sains kepada semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gita.
4 jam
Jemputan sekolah

19.     
29.10.2018
Bengkel Baca HEBAT kepada 45 oarang Ketua Panitia Bahasa Melayu (seorang dari sebuah sekolah) di Daerah Bau
Anjuran PROFES
6 jam
Jemputan PROFES

20.     
31.10.2018
Bengkel Teknik Baca HEBAT sebagai program PascaUPSR Sekolah Kebangsaan Semerah Padi.
Jemputan Panitia Bahasa Melayu / sekolah
4 jam

21.     
6.11.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua murid tahun 4 di SK Goebilt bersama-sama beberapa orang ibu atau bapa atau penjaga masingimasing.
4 jam

22.     
7.11.2018
Ceramah dan bengkel Teknik Baca HEBAT kepada semua staf DG Sekolah Kebangsaan Goebilt
i.                     Mengenali teknik baca HRBAT dan cara mengaplikasikannya ke dalam PdPc
ii.                    Mengenal pasti teknik yang bakal digunakan dalam mata pelajaran masingmasing
iii.                  Cara menyisipkan perancangan penggunaan KBAT dan TB HEBAT dalam RPH
iv.                  Teknik penulisan refleksi dalam RPH

23.     
8.11.2018
Ceramah kemahiran belajar dan teknik Baca HEBAT kepada semua murid tahun 5 di SK Goebilt bersama-sama beberapa orang ibu atau bapa atau penjaga masingimasing.
4 jam

24.     
10.1.2019
Ceramah dan penerangan: Teknik Baca HEBAT kepada semua Guru Sekolah Kebangsaan Santubong
BMKaPKB
SiABiDiBaM
KWLH
QUACK(ER) / GaBuS(FM)
25.     
18.7.2019
Ceramah dan penerangan serta perbincangan: intervensi ulang kaji UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua Guru mata pelajaran Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Matu Baru
BMKaPKB
SiABiDiBaMBeY
KWLH
QUACK(ER) / GaBuS(FM)
26.     
19.7.2019
Ceramah dan penerangan serta bengkel penggunaan: pemantauan dan intervensi ulang kaji anak-anak untuk UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua ibu bapa murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Matu Baru
BMKaPKB
SiABiDiBaMBeY
KWLH
QUACK(ER) / GaBuS(FM)
27.     
26.7.2019
Ceramah dan penerangan serta bengkel penggunaan: pemantauan dan intervensi ulang kaji anak-anak untuk UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua ibu bapa murid Tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Matu Baru
BMKaPKB
SiABiDiBaMBeY
KWLH
QUACK(ER) / GaBuS(FM)
28.     
2.8.2019
Ceramah dan penerangan serta bengkel penggunaan: pemantauan dan intervensi ulang kaji anak-anak untuk UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua ibu bapa murid Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Kebangsaan Matu Baru
BMKaPKB
SiABiDiBaMBeY
KWLH
QUACK(ER) / GaBuS(FM)

29.     
14.8.2019
Ulang kaji untuk UPSR Teknik HEBAT
Ceramah dan penerangan serta bengkel penggunaan: pemantauan dan intervensi ulang kaji anak-anak untuk UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua ibu bapa murid Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Pulo
Baca
SiABiDiBaMBeY          untuk luncuran
BMKaPKB/                              imbasan
QUACK(ER)

30.     
20.8.2019
Ulang kaji untuk UPSR Teknik HEBAT
Ceramah dan penerangan serta bengkel penggunaan: pemantauan dan intervensi ulang kaji anak-anak untuk UPSR menggunakan Teknik Baca HEBAT kepada semua ibu bapa murid Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Suba Buan, PPD Bau
Baca
SiABiDiBaMBeY          untuk luncuran
BMKaPKB/                              imbasan
QUACK(ER)

31.     

Mengarang dengan lebih baik melalui Teknik HEBAT
Ceramah dan bengkel di SMK Bintulu.
Pelajar NILAM dan pelajar Tingkatan 4 dan 5
Anjuran PSS SMK Bintulu
SiABiDiBaMBeY          untuk luncuran
BMKaPKB/                              imbasan
QUACK(ER)

32.     
19.11.2019
Sekolah Kebangsaan TaSuDa Petra Jaya, Kuching
Ceramah penerangan teknik kepada ibu bapa bersama-sama anak-anak
Teknik Baca HEBAT
SiABiDiBaMBeY
KWLH
BMKaPKB

33.     
20.11.2019
Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong, Kuching
Ceramah penerangan teknik kepada ibu bapa bersama-sama anak-anak
Teknik Baca HEBAT
SiABiDiBaMBeY
KWLH
BMKaPKB

34.     
21.11.2019
Sempena ceramah Parenting TUDM, Kuching
Ceramah penerangan teknik kepada ibu bapa

Teknik Baca HEBAT
SiABiDiBaMBeY
KWLH
BMKaPKB


Wednesday, February 8, 2017

Perekayasaan Kaedah dan Pendekatan Pemudahcaraan Pembelajaran BM

Perekayasaan Kaedah dan Pendekatan Pemudahcaraan Pembelajaran BM

Terima kasih sebanyak-banyaknya, sekolah tempat saya bertugas sebanyak 2 kali sepanjang kareer saya sebagai guru, SMK DPHAGapor, Kuching kerana menguncang saya untuk berkongsi kemungkinan perekayasaan kaedah pemudahcaraan pelajar belajar BM agar terlonjak inteligens linguistik mereka.

Sebagai peringatan bersama-sama, guru sudah mula perlu mengelakkan pengajaran yang terlalu banyak sehingga jika tidak diajar, pelajar tidak akan belajar. Sebaliknya guru hendaklah memudahcarai pembelajaran pelajar kerana
i. pelajar sangat berpotensi untk belajar dan belajar sendiri
ii. pelajar perlu belajar secara kolaboratif dan koperatif
iii. pelajar cuma perlu mengkomunikasikan hasil pembelajarannya melalui kaedah 'menjadi guru duta' melalui pembentangan di hadapan pelajar yang lain - belajar untuk memberitahu orang lain merupakan pendekatan pembelajaran yang paling ampuh untukj menguasai satu-satu ilmu
iv. pengajaran guru belum tentu sesuai dengan gaya pembelajaraan pelajar tetapi gaya pembelajaran pelajar tetap mantap untuk dirinya sebagai individu
v. pelajar sebenarnya suka memberitahu orang lain tentang ilmu yang ada padanya berbanding menerima sahaja daripada guru

Dalam sesi itu, saya turut mengesyor gagasan bahawa pembelajaran bahasa hendaklah mementingkan lisan dengan mengesyorkan guru dan sekolah menyediakan
 1.Suasana percakapan yang kondusif: dalam erti, topik diberikan, alat fikir diperkenalkan dan disyorkan untuk digunakan dalam perbincangan lisan itu.
2.Bersahaja / arbitrari: bahasa lisan hendaklah arbitrari atau bersahaja, tidak dipaksa-paksa dan berlangsung dalam suasana kaya; kaya kosa kata. kaya kosa kata ini pula merupakan salah satu ciri inteligens linguistik yang dapat pula dikuasai melalui kaedah kuadron linguistik yang saya perkenalkan dua tahun lepas
3.Jika salah, tolong tunjukkan: tugas guru ialah menegur kesalahan lisan, sama ada kesalahan itu kesalahan linguistik atau kesalahan DMI dalam perbincangan.
Mengapakah aspek lisan ini penting sangat dalam penguasaai bahasa?
Semua bahasa dikuasai oleh semua orangmelalui aktiviti lisan: mendengar, meniru dan mengajuk, memaham, menguasai dan menggunakannya secara bersahaja. lagipun dalam lisan seseorang akan menguasai atau memperoleh:
1.Kosa kata: kosa kata diperoleh sama ada melalui alat audio/bunyi atau telinga yang kemudian difaham dan digunakan.
2.Makna  kata: makna kata dalam keseluruhan medan semantiknya, dari makna leksikal kata dasar, makna dalam psikolinguistik, makna dalam sosiolinguistik, makna dalam dialek, dan transformasi makna melalui morfologi kata - semua perlu dikuasai dan dapat dilakukan dengan mudah memamui kuadron linguistik yang saya cadangkan.
3.Intonasi: aspek ini ditandai turun naik dan tinggi rendah serta keras lembut bunyi pengujaran sesepatan kata, sesosok ayat atau sesebuah wacana untuk memindahkan maksud yang ingin dikomunikasikan agar jelas diterima, dikodkan dan seterusnya difahamkan oleh penerima dalam arena komunikasi yang sedang berlangsung.
4.Psikolinguistik: aspek ini menentukan dan membantu komunikasi serta pengurusan inteligens emosi seseorang agar menjadi pengguna sesebuah bahasa yang santun dan berkesan.
5.Sosiolinguistik: aspek ini membina adab dan peradaban komunikasi yang berlangsung menggunakan sesebuah bahasa, dalam hal ini, bahasa Melayu.
6.Perucapan dan peradaban; bahasa lisan sebenarnya ialah manifestasi bahasa diri seseorang. melalui bahasa lisannya tersingkaplah adap dan kelakuan serta emosinya. Terungkap juga latar belakang sosialnya khususnya latar belakang sosio-budayanya.
1.Seterusnya LI: LI ialah upaya berbahasa seseorang merentasi tahap dan upaya dan kemampuannya berfikir serta memikirkan apa-apa sahaja dalam bahasa yang difahamkannya itu.

Sementara itu, dalam perkongian itu kami sama-sama saling mengingatkan bahawa penerimaan pelajar akan ilmu yang dibawakan oleh sumbernya, iaitu gurunya:
i. tidak ditentukan oleh setingggi mana pendidikan gurunya itu
ii. tidak bererti jika dia mempunyai ilmu setinggi PhD maka menjadikannya guru yang lebih baik
ii. tidak juga ditentukan oleh banyak sedikitnya kerja bertulis yang diberikan
iv. tidak juga ditentukan oleh jumlah kerja rumah yang diberikan
v. tidak ditentukan oleh minat pelajar itu semata-mata, tetapi kejayaan yang mendekati kejayaan 100% pembelajaran pelajar ditentukan oleh....rapport antara dia dan gurunya; baik rapport antara mereka maka akan lebih tinggilah kemungkinan perpindahan ilmu antara mereka berdua. dengan itu, para guru diingatkan, binalah rapport yang baik dengan semua pelajar anda di dalam kelas dan di luar bilik darjah.
Yang turut saya syorkan ialah konsep kaya. jika aku kaya....aku boleh beli apa-apa sahaja. Transformasikan konsep ini kepada kaya linguistik. Jika aku kaya linguistik, apakah yang dapat kulakukan?
JIka seseorang pelajar atau seseorang, sesiapa sahaya kaya linguistik, tentulah dia akan dapat:
Nak berucap? bukan sahaja aktiviti PBS yang dapat dilalui/dilakukan dengan mudah, lakukanlah apa-apa sahaja secara lisan atau bertulis, akan dapatlah dilakukannya dengan mudah.
Nak menulis? Ayat & Karangan ayau apa-apa sahaja.
Nak merekayasa? Lebih baik, nak buat inovasi linguistik secara kreatif selagi betul, buatlah
Nak mengaudit? Guru / UPSR, PT3, SPM - mengenal pasti kesalahan, mencadangkan dan menulis pembetulan penggunaan bahasa
Nak mencipta? Kreatif: prosa, puisi, wacana pelbagai

Bilik Darjah Yang Kaya dan Kondusif
Apa-apa pun, untuk mencapai apa-apa sahaja kejayaan, prremis pemerolehan itu hendaklah kaya dengan sumber. Dengan itu, maka bilik darjah hendaklah penuh dengan bahan pandang, bahan dengar dan bahan buat kerana itulah tabiat linguistik yang dilalui oleh semua orang menguasai apa-apa sahaja bahasa yang sudah dikuasainya selama ini.
i.Kaya kondusif
ii.Informatif
iii.Hasil kerja murid dikongsi; pamer, baca, salin
iv.Ceria. Cantik
v.Ada bahan rujukan (kamus)
vi.Ada bahan audit bahasa
vii.Keratan akhbar / majalah /risalah

Untuk terus maju, pelajar hendaklah dimudahcarai untuk melakukan:
•Eksplorasi (Kuadron Linguistik)
•PBP/PBL (Linguistik / non-linguistik)
•Pembelajaran berautunomi
•4C [cognitive (critis, creative), collaborative, cooperative, communicate]
•KBAT [Ruj: Q Matrix]
Oleh sebab pendidikan ialah satu daripada pelbagai saluran untuk membantu insan berfikir, maka alat-alat fikir, peta-peta fikir dan aras fikir yang hendak dicapai hendaklah dinyatakan kepada pelajar akan menggunakannya secara pemupukan.
Antara alat fikir yang perlu digunakan oleh pelajar dengan mahir dan fasih ialah:
•CoRTs (10)
•6 thinking hats
•Ryan Thinkers keys (20)
•Socretes Q
•JQ (paling popular)
•Perspektif (Jais Sahok)
•Matriks Soalan / Q Matrix
•Kuadron Linguistik (Jais Sahok)
Antara peta fikir yang dapat digunakan untuk memetakan DMI yang diperoleh melalui satu-satu sesi pembelajaran itu pula ialah:
•Peta minda (Tony Buzan)
•iTHINK (8)
•Carta (Y, X, T, Venn, KWL. KWLH, Pokok, Tulang Ikan dll)
•Graphic organizers
•cMAPs Tools
•Dan lain-lain (cipta sendiri)…[JS: Kuadron Linguistik / Matriks Analisis Morfologi Cerpen]

seterusnya, gurulah yang bijaksana menentukan aras pemikiran yang hendak dicapainya dalam satu-satu sesi pemudahcaraan pembelajaran di dalam bilik darjah, sama ada hendak mencapai:
•9 : cipta : aras palimng tinggi dari segi upaya fikir
•8 : inovate, rekayasa, ubah suai
•7 : analisis, audit bahasa
•6 : sintesis
•5 : ingat, retrieve dan guna semula
•4 : kongsi, bincang, ajarkan, komunikasi
•3 : guna, jawab soalan
•2 : faham akanmakna DMI, mesti faham

1: tap / terima DMI oleh sistem kognitif

MOga-moga catatan ini dapat membantu penguasaan perekayasaan kaedah pemudahcaraan pembelajaran BM di dalam kelas.
Selamat mengajar teman guru yang terhormat.