Pengiktirafan Sebagai Tokoh Lestari Bahasa, DBP Sarawak
Alhamdulillah, sesuatu yang tidak pernah muncul dalam dugaan, pengiktirafan oleh DBP Sarawak menjadikan nilai perjuangan dalam kegiatan kebahasaan selama ini terasa berbaloi dan munasabah dilakukan sama ada di dalam atau di luar kerjaya sebagai guru bahasa.Dalam Blogspot ini saya rakamkan kegiatabn-kegiatan kebahasaan saya, walaupun tidak secara kronologikal setepatnya, namun, seingat saya, inilah yang saya lakukan dengan rela, minat dan lestari.
1. Saya guru BM. sememangnya kerjaya sebagai guru BM menjadi punca saya bergiat begitu aktif dalam kegiatan kebahasaan sekali gus kegiatan kesasteraan juga.
2.Pengamal BM Baku - menulis, membantu mempengaruhi Pengamal/pengguna bahasa umpamanya dalam majlis-majlis rasmi, terus sahaja berbahasa baku dan rasmi walaupun banyak kali orang/ murid bertanya 'Cikgu berasal dari Indonesiakah' seolah-olah sebutan amalan saya, ala-ala sebutan Indonesia.
3.Menjadi Munsyi Dewan - dilatih, diberi tugas perekayasaan BM dalam kalangan penjawat awam. selepas Ijazah pertama saya, dalam aspek kebahasaan, tentu sekali latihan sebagai MD ini menjadi aset yang sangat tinggi nilainya.
4. Ceramah BM - bermula dengan pelawaan Saudara Salehudin Abang Shokeran, (sekarang Datuk, mantan Ketua Pengarah DBP Malaysia) pada tahun 1989, tahun pertama saya kembali bertugas selepas belajar Ijazah Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di UPM. ceramah itu di UPM. saya berasa sangat dihargai oleh DBP. Permulaan itu sangat mulia dan berdaya rangsang.
5. Kursus BM. saya memberi kursus yang banyak dan pelbagai.
6. Mengadakan atau membantu Bengkel Tatabahasa BM. Sekolah, Jabatan Kerajaan, institusi swasta, kolej atau sesiapa sahaja. saya akan bantu.
7. Ceramah dan bengkel BM - sesiapa sahaja yang menjemput saja untuk tujuan murni ini, saya tidak pernah menolaknya.
8.Menjadi wakil DBP (sebagai MD) memberi kursus - dalam senarai kursus yang syaa berikan, ada saya rincikan. Banyak sebenarya. Institusi akan mohon kursus daripada DBP dan DBP yang menghantar saya kepada mereka. INi termasuklah setelkah DMP mempunyai Akademi DBP.
9. Kursus BM Jemputan Jabatan. Sesetengah Jabatan dan Institusi memang mengenali saya maka mereka menjemput, tanpa melalui DBP.
10. Kursus penulisan di sekolah, jabatan - mungkin perkara ini sebanyak sedikit dipengaruhi oleh kegiatan saya sebagai penulis di akhbar dan majalah maka saya dianggap sesuai membimbing penulisan kepada khalayak. Maka saya bimbing dengan sungguh-sungguh.
11.Melayani talian hayat BM - akan ada kawan, orang dikenal, orang tak dikenal, call, minta nasihat, saya beri. Kalau sedang memandu, berhenti dulu di tepi jalan, selesaikan masalah BM dulu baru teruskan perjalanan
12. Sejak tahun 1983 - menjadi tenaga pengajar /pemudahcara BM UBM PKM (Unit Bahasa Malaysia, Pejabat Ketua Menteri Sarawak) di bawah Allahyarham Hj Rasli Sakaran, Allahyarham Elyas Abdullah dan En Zasran Abdullah sehingga UBM bubar
13.Menyertai JK Istilah BM Peringkat Sarawak di DBP
14.Menyertai JK Penggubal Kurikulum MP KMK MPM (Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Majlis Peperiksaan Malaysia)
15. Menulis rencana bahasa secara eceran dalam akhbar, Majalah dan sudah ada dibukukan
16. Menulis ulasan karya sastera, lebih kepada ulasan linguistik
17.Dalam grup WhatsApp Pemuisi Sarawak, saya sibukkan diri bincangkan jarya, khusus kepada aspek bahasa dalam puisi sebelum puisi itu disyorkan untuk dihantar kepada editor media massa
18.Menjadi penulis buku teks BM 1989 - pinjaman KPM, Ting 2
19.Menulis buku seperti Kamus Kata Majmuk
20. Menjadi tenaga pengajar di (i) UPM PJJ, (ii) Unitar, (iii) OUM, (iv) UM PJJ (khusus untuk BM)
21.Memberi teguran kesalahan tatabahasa dalam media sosial seperti FB - ini ikut perasaan, kalau dah gram sangat, buat
22. Memberi khidmat sebagai Hakim pelbagai jenis dan peringkat bahas dalam Bahasa Melayu
23. Menganggotai JK Editor Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan Sarawak.
24. Menulis ucapan kenamaan tertentu yang mohon bantuan saya.