Kuadron Linguistik Pelonjakan Inteligens Linguistik, dalam
Pembelajaran / Penguasaan Bahasa Melayu
Oleh :
Jais Sahok (SISC+ BM SM PPD Kuching)

Abstrak
Kuadron Linguistik Pelonjakan LI ialah alat pemikiran linguistik
yang merentasi semua aspek linguistik yang mampu melonjakkan inteligens lingustik seseorang
pengamalnya. Alat pemikiran Kuadron
Linguistik ini turut menggunakan semua
sumber untuk memperlengkap perisiannya seperti ensiklopedia, kamus,
pendapat pakar dan sarjana, yang sekali gus memperlengkap dimensi rujukan
pengayaan LI seseorang. Dari segi urutan transformasi
linguistik, alat ini menganjurkan permulaannya dari (i) sepatah kata dengan
mengenali kelasnya, dengan setiap
perkataan itu mempunyai (ii) makna,
sama ada makna leksikal, makna sosial, makna psikologikal atau makna istilah
dan kemudian mentransformasi
berdasarkan potensinya kepada (iii) kata ganda, kata majmuk atau kata
berimbuhan, sama ada (iv) kata terbitan
sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas berdasarkan imbuhan yang diterimanya sama ada
awalan, akhiran, apitan atau sisipan kelas kata tadi untuk kemudian difikirkan
sama ada hendak digunakan sebagai frasa
(v) FN, FK, FA atau FS tergantung kepada
(vi) struktur ayat yang hendak
dihasilkan sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS yang kemudiannya
berpotebnsi untuk membentuk ayat majmuk dan jenis-(vii) jenis ayat, dan seterusnya membina pelbagai (viii) wacana sama ada puisi (tradisi atau
moden) atau prosa (drama, cerita (panjang atau pendek) atau esei berformat atau
tak berformat – kesemua aspek itu teragih kepada empat aspek dan dinamai
kuadron linguistik.
Singkatan
BM – Bahasa Melayu
KPM – Kementerian Pendidikan
Malaysia
PBP – Pembelajaran Berasaskan
Projek
LI – Linguistic Intelligence (Inteligens Linguistik)
MI – Multiple Intelligence (Inteligens Pelbagai)
KLPIL – Kuadron Linguistik Pelonjakan Inteligens Linguistik
Pengenalan
Isu semasa yang melanda dunia pendidikan Negara ialah
pengajaran, pembelajaran dan pedagogi. Dalam pedagogi ada guru yang mengajar dan
ada pelajar yang belajar dan hasilnya ialah kemenjadian pelajar.
Kemenjadian pelajar terletak pada persoalan pedagogi yang
hebat. Apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi yang hebat?
Pengajaran yang hebat dan berkesan dikatakan sebagai
pedagogi yang berupaya merekayasa pencapaian setiap lelajar yang berbeza-beza
upaya kognitif mereka. Untuk mendefinisikan pedagogi yang berkesan sangatlah
sukar. Hal ini demikian kerana keberkesanan pembelajaran pelajar ialah
perubahan kognitif, afektif dan kinestetik yang dialaminya kerana pemerolehan
ilmu pada ketika yang tertentu sebagai persediaan atau nilai titik-tolaknya
untuk terus maju. Keberkesanan pedagogi sering didefinisikan sebagai kuantiti
dan kualiti perubahan dan tingkah laku keilmuan anak didiknya. Dengan kata
lain, keberkesanan guru terletak pada kejayaan pelajarnya.
Kajian menyenaraikan enam komponen pedagogi yang lazimnya
hebat kerana keberkesanannya (Coe, Aloisi, Higgins, & Major. (2014).
Komponen-komponen itu bagaimanapun saling berkaitan dan bahu-membahu dari segi
potensi mendatangkan keberkesanan. Tidak satu komponen pun yang dapat berdiri
sendiri untuk mendatangkan kesan maksimum sehingga melayakkan satu-satu sesi
pedagogi itu hebat. Keenam-enam komponen pedagogi yang hebat itu ialah:
![]() |

Rajah 1 : Enam Komponen Pedagogi
i.
Aspek pedagogi, iaitu pengetahuan guru tentang kandungan
mata pelajaran yang mendalam.
Guru yang sangat berkesan mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang kandungan mata pelajaran yang diajarkannya. Apabila tahap
pengetahuan guru berada pada tahap tertentu (yang agak rendah) keberkesanannya
sebagai pengubah perlakuan kognitif pelajarnya juga sangat rendah. Dalam masa
yang sama, pedagogi yang berkesan tidak sahaja gurunya menguasai kandungan mata
pelajaran yang diajarkannya tetapi mampu mengenal pasti kaedah pembelajaran
pelajarnya sehingga setiap pelajarnya memperoleh manfaat yang maksimum
daripadanya melalui kaedah penyampaian yang dibezakan (differentiated
pedagogy).
ii.
Penyampaian yang berkualiti (iaitu impak yang tinggi ke
atas pelajar)
Keberkesanan ini merangkumi penyoalan yang berkesan,
soalan pentaksiran sebelum pembelajaran, soalan pentaksiran semasa pembelajaran
dan soalan pentaksiran selepas dan tentang pembelajaran. Jika pelajarnya gagal
mengemukakan jawapan yang autentik, guru akan memberikan model jawapan yang absah. Dia juga akan memberikan masa yang berbaloi kepada
pelajarnya untuk mengamalkan ilmu yang baharu diperolehnya. Pembelajaran
yang berlangsung hendaklah beransur-ansur dari pemikiran aras rendah ke
pemikiran aras tinggi.
iii.
Iklim pembelajaran di dalam bilik darjah (membuktikan
impak pembelajaran yang sederhana ke atas pencapaian pelajar)
Iklim pembelajaran di dalam bilik darjah merangkumi
interaksi antara guru dan pelajar, jangkaan guru, dan guru dituntut mencipta
suasana bilik darjah yang sentiasa menuntut peningkatan kompetensi tetapi masih
menghormati pencapaian dan nilai sedia ada pelajar. Iklim bilik darjah ini juga
ialah atribut kejayaan pelajar hasil usahanya berbanding keupayaan yang ada
padanya – fokusnya adalah kepada usaha yang berterusan.
iv.
Pengurusan bilik darjah (membuktikan impak pembelajaran
yang sederhana ke atas pencapaian
pelajar)
Keupayaan guru menggunakan masa pedagogi secara berkesan
untuk menggunakan ruang dan sumber yang ada di bilik darjah dan mengurus
perlakuan pelajar dengan peraturan yang jelas dan digunakan secara konsisten
dan sesuai untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran pelajar.
v.
Kepercayaan guru (ada bukti keberkesanannya terhadap
kemenjadian guru)
Kesemua aspek kepercayaan guru seperti sebab guru
mengamalkan pendekatan tertentu, matlamat dan objektif yang hendak dicapainya,
teori pembelajaran yang dianuti dan diamalkannya, dan model konseptual
pembelajaran dan peranan pengajaran terhadap proses pembelajaran sangat
penting.
vi.
Perlakuan Profesional (ada bukti keberkesanannya kepada
kemenjadian pelajar)
Perlakuan profesional yang ditunjukkan oleh guru seperti
menampakkan keilmuan, membentuk amalan profesional, terlibat dalam pembangunan profesional,
memberi sokongan kepada rakan sekerja, sentiasa bekerjasama dan saling
berkomunikasi dengan para ibu bapa.
Isu Pedagogi Bahasa Melayu
Isu besar yang menjadi keluhan dalam kalangan guru BM
ialah kurang upaya pelajar mereka menulis karangan. Para pelajar kekurangan
upaya itu disebabkan oleh kekurangan kosa kata. Pengayaan Kosa ada guru yang mendakwa fenomena
pelajar kekurangan kosa kata disebabkan oleh:
i.
BM bukan bahasa
ibunda pelajar
ii.
Pelajar malas
membaca
iii.
Pelajar menguasai
kosa kata yang tidak baku
iv.
Bahan bacaan yang
dibaca tidak bermutu (mengandung kesalahan tatabahasa yang banyak)
Daripada sekian banyak kenyataan yang diutarakan oleh
guru untuk mewajarkan kelemahan pelajar mereka dalam hal kekurangan kosa kata dan
kerendahan inteligens linguistik untuk mengarang, tidak ada mencadangkan kaedah
pengayaan kosa kata dan pelonjakan inteligens linguistik yang autentik dengan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kata (perkataan) sangat diperlukan dalam kehidupan
seseorang pelajar di semua peringkat pembelajaran dan untuk menguasai semua
ilmu untuk menyuburkan inteligens pelbagai yang berpotensi dicapainya kerana
bukti penguasaan ilmu dan keterampilan diri seseorang insan ialah kompetensi
kandungan atau kompetensi ilmu. Dalam hal ini, kompetensi yang dimaksudkan
ialah kompetensi ilmu bahasa.
Untuk memungkinkan seseorang menguasai bahasa, khususnya
dalam konteks kosa kata dan semua perlakuan linguistik yang berkaitan dengan
perkataan, satu kaedah yang komprehensif hendaklah diwujudkan.
Esei ini cuba memperkenalkan Kuadron Linguistik sebagai satu kaedah pemerolehan dan seterusnya
pengayaan linguistik pengamalnya.
Kreativiti berbahasa tidak mungkin dilakukan kerana
pelonjakan LI itu tidak menjadi realiti dalam redah ranjau fakulti linguistik sistem
kognitifnya.
Komunikasi lisan gagal dikuasainya kerana dia tidak
memiliki kosa kata yang tidak lengkap, makna kata yang tersembunyi di sebalik
leksikal kata itu sendiri, dan aspek-aspek yang terjana melalui transformasi linguistik
tidak dikuasai, justeru keterbantutan linguistik membelenggu upayanya untuk
menguasai semua ilmu yang lain.
Objektif
Esei ini diusahakan untuk:
i.
memperkenalkan
kuadron linguistik
ii.
memaparkan proses
penguasaan kosa kata melalui penelusuran perkataan (seperti yang terdapat di
dalam kamus)
iii.
menelusur perlakuan
dan transformasi linguistik sesepatah perkataan dalam upaya perekayasaan LI
seseorang
iv.
mengupayakan daya cipta
dan reka cipta linguistik melalui kekayaan linguistik
v.
berfikir aras
tinggi dengan mengunakan acuan kuadron linguistik
Kuadron Linguistik
Kuadron Linguistik ialah alat pemikiran linguistik yang
dicipta khusus untuk menyedarkan pemahaman linguistik seseorang, bahawa setiap
kali dia terfikir akan sepatah perkataan, maka dia terus dapat melakukan
penerokaan linguistik berdasarkan urutan kuadron (secara empat, dengan
memikirkan empat perkara) yang diwajarkan iaitu:
i.
Kata
Kata atau perkataan dalam hal ini hendaklah difaham
sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya
tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil
lagi (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid
Mahmood, 2008) yang merangkumi disiplin tatabahasa:
a.
Penyebutan kata
b.
Kelas kata
c.
Makna kata
d.
Medan makna
(sosiolinguistik, psikolinguistik)
ii.
Morfologi kata
Morfologi kata hendaklah difaham sebagai satu bidang ilmu
yang menghaji bentuk perkataan (Abdullah Hassan, 2006b) serta proses
pembentukan bentuk perkataan itu yang melibatkan unsur-unsur morfologi iaitu
kata dan morfem (terikat dan/atau bebas). Morfologi ini melibatkan proses
pembentukan kata terbitan seperti:
a.
Gandaan
· Gandaan penuh
· Gandaan separa
· Gandaan berirama
· Gandaan (penuh, separa, berirama) berimbuhan
b.
Majmukan
c.
Imbuhan
d.
Pembentukan kata istilah
iii.
Frasa
Frasa yang perlu dikenal pasti dan ditelusur dalam proses
pengayaan bahasa ini ialah unit yang terdiri daripadas sekurang-kurangnya satu
perkataan, dan berpotensi diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Abdullah
Hassan, 2006c) dan frasa ialah konstituan pembina ayat. Namun frasa hendaklah
difahamkan berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengendung hanya
subjek atau hanya predikat, dan dalam satu susunan tatabahasa frasa boleh
menjadi konstituen kepada klausa atau konstituen frasa itu sendiri (Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2008).
iv.
Ayat
Ayat perlu difaham sebagai unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandung makna yang lengkap,
yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan (Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood,
2008). Ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan
kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.
Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap kelompok susunan itu
mengandung sekurang-kurangnya dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
a.
Jenis ayat
b.
Bentuk ayat
v.
Wacana
Segi empat yang dicadangkan sebagai alat pemikiran (linguistik)
untuk memperkaya kosa kata (sesiapa sahaja) dan aspek linguistik yang lain. Ini
bererti bahawa setiap kata yang ditemukan sebagai data linguistik untuk
difahamkan maksudnya dan cara penggunaannya yang sekali gus akan menjadi ilmu
bahasa kepada penguasa kata itu sesuai difikirkan secara kuadron linguistik
ini. Hal ini demikian kerana kuadron linguistik itu memberi pemetaan yang
komprehensif tentang sepatah kosa kata.
Kuadron linguistik buat pertama kalinya diperkenalkan
sebagai borang kosa kata dalam kursus penataran BM kepada guru BM sekolah
menengah PPD Kuching pada 8-10
Ogos 2014. Kemudian alat pemikiran linguistik yang sama diperkenalkan kepada
guru BM sekolah rendah PPD Kuching dalam satu kaedah PLC (komuniti pembelajaran
profesional) BM yang diperluas.
Kuadron Bunyi / Sebutan (fon)
Secara mudah, kuadron bermaksud segi empat. Dalam rajah kuadron
bunyi, di dalam segi empat itu terdapat empat petak pada sesepatah kata. Petak
yang pertama hendaklah menyatakan cara pembunyian perkataan yang ditemukan,
mula difaham, digunakan dan akan dikuasai. Di petak yang kedua pula, bunyi
konsonan, dan di petak yang ketiga cara perkataan itu disebut sambil di petak
yang keempat, diajarkan pula etimologi perkataan itu, sama ada bahasa Melayu
asli atau kata serapan. Hal ini penting kerana penyebutan akan mempengaruhi makna
perkataan. Penyebutan dan etimologi perkataan juga akan mempengaruhi proses
transformasi yang lain seperti proses pengimbuhan.
![]() |
Melalui kuadron ini pelajar sentiasa diingatkan tentang
kaedah pembunyian perkataan yang ditemukannya dalam pembacaan. Empat aspek
bunyi yang dinyatakan itu hendaklah jelas kepada pelajar tentang cara
membunyikannya. Sebutan pelajar hendaklah betul kerana ini ada kaitan dengan
komunikasi lisan yang sangat dituntut dalam kemahiran komunikasi generasi abad
ke-21 ini.
Pelajar juga diingatkan bahawa setiap kata hendaklah
disebut dengan betul untuk mengelakkan kekeliruan seperti sepak (tendang) dan
sepak (tampar); suka dan sukar; telur dan telor; batuk dan batok; lancong dan
lancung; infrastruktur dan *infrastrakcher; bank dan *beng.
Kuadron kelas kata pula akan memastikan bahawa pelajar tahu akan kelas kata
perkataan yang ditemukan, sama ada perkataan itu secara semantiknya tergolong
kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.
![]() |
Kuadron kelas kata mengingatkan pengguna bahasa bahawa
terdapat empat kelas kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan kata tugas. Kenal akan kelas kata sesepatah kata yang diperoleh
akan membolehkan pelajar bahasa menguasai maksud perkataan itu. Dalam maksud
perkataan itu akan terserlah kelasnya sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Sekali gus penguasaan kelas kata ini akan membolehkan
pelajar menguasai fungsi kata itu dalam pembentukan frasa dan ayat.
Setiap kata yang sudah dikenal pasti kelasnya perlu
ditelusur dan dikenal pasti maksudnya dan kemudian cara penggunaannya dalam
ayat. Jika tidak, pengguna bahasa sendiri hendaklah menekuni penciptaan ayatnya
berdasarkan disiplin struktur ayat yang betul, iaitu seperti yang dihuraikan
dalam kuadron ayat. Untuk tujuan
penentuan kelas kata ini Kamus Dewan (2005) hendaklah digunakan.
Untuk penguasaan yang lebih mantap, setiap kelas kata itu
hendaklah dikenal definisinya seperti yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan.
Pada kuadron yang ketiga pula pelajar bahasa perlu tahu
akan maksud setiap perkataan dalam empat dimensi iaitu:
i.
Makna leksikal
ii.
Kata terbitan
iii.
Bunga bahasa
iv.
Penggunaan dalam
konteks
Perkara yang penting ialah pelajar hendaklah faham akan
aspek semantik kata itu. Setiap kata ada maksud leksikalnya. Ada kata yang
mempunyai satu maksud leksikal, dua maksud atau sampai sembilan atau sepuluh
maksud.
Seterusnya pelajar hendaklah faham bahawa setiap kata
berpotensi untuk membentuk kata terbitan sama ada:
i.
Kata ganda
ii.
Kata majmuk
iii.
Kata berimbuhan
iv.
Kata istilah (bukan
terbitan secara morfologi tetapi berpotensi untuk terangkat sebagai istilah)
Perlu diingat bahawa pada setiap kata terbitan yang
terbit melalui proses morfologi kata terbitan itu akan terkandung makna yang
baharu, makna terbitan. Umpamanya jika perkataan makan yang ditemukan, terdapat
9 makna leksikal kata makan. Sila rujuk Kamus Dewan (1984) untuk huraian
kesemua 9 makna kata makan.
![]() |
Kuadron Semantik perkataan
Setiap kata, sebagai unit tatabahasa yang paling kecil
mempunyai makna, mempunyaui potensi untuk mengalami transformasi sama ada dari
segi morfologi kata, penghasilanbunga bahasa, atau kewujudan perubahan makna
kerana penggunaan dalam konteks tertentu. Seperti sosiolinguistik, atau
psikolinguistik.
Setiap kata yang ditemukan di dalam kamus itu perlu
ditelusur dan dikenal pasti maksudnya dan kemudian cara penggunaannya dalam
ayat. Jika tidak, pengguna bahasa sendiri hendaklah menekuni penciptaan ayatnya
berdasarkan disiplin struktur ayat yang betul, iaitu seperti yang dihuraikan
dalam kuadron ayat.
Kuadron Kata Ganda
![]() |
Rajah kuadron
peringatan kata ganda mengingatkan
pengguna bahasa bahawa setiap kata berpotensi membentuk kata ganda separa, kata
ganda penuh, kata ganda berentak dan/atau mana-mana kata ganda itu menerima
imbuhan pula kemudiannya.
Setiap kata ganda perlu ditelusur dan dikenal pasti
maksudnya dan kemudian cara penggunaannya dalam ayat. Jika tidak, pengguna
bahasa sendiri hendaklah menekuni penciptaan ayatnya berdasarkan disiplin
struktur ayat yang betul, iaitu seperti yang dihuraikan dalam kuadron ayat.
Kuadron Kata Majmuk pula mengingatkan pengguna bahasa bahawa setiap kata
boleh sahaja mengalami transformasi morfologi kepada kata kata majmuk umum,
kata majmuk khusus seperti kata nama khas (orang), dan kata majmuk khusus
jawatan, dan pengimbuhan kata majmuk.
Kata majmuk ialah rangkaian dua patah perkataan atau
lebih yang todak dapat disisipi sebarang unsur antara unit-unitnya (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2008). Oleh
sebab itulah timbul perbezaan maksud yang besar antara kaki ayam dan berbaki
ayam seperti dalam ayat berikut:
Dia ke sekolah kaki
ayam kerana kasutnya basah.
Pelajar itu *berkaki
ayam kerana kakinya sudah dipotong.
Kuadron kata majmuk menyerlahkan potensi sesepatah
perkataan untuk melalui proses transformasi morfologi pemajmukan dan seterusnya
menerbitkan kepelbagaian maksud.
![]() |
Setiap kata majmuk perlu ditelusur dan dikenal pasti
maksudnya dan kemudian cara penggunaannya dalam ayat. Jika tidak, pengguna
bahasa sendiri hendaklah menekuni penciptaan ayatnya berdasarkan disiplin
struktur ayat yang betul, iaitu seperti yang dihuraikan dalam kuadron ayat.
Kuadron Imbuhan
Kuadron imbuhan mengingatkan pengguna bahasa bahawa
terdapat empat jenis imbuhan yang berpotensi diimbuhkan kepada sesepatah
perkataan untuk membentuk kata terbitan berimbuhan, iaitu (disebut secara
berurutan) awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Bagaimanapun, pengguna bahasa juga harus sedar bahawa cuma
ada tiga kelas kata yang ada set tiga imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan itu iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Sebelum setiap imbuhan dikenal pasti akan maksudnya
secara setiap satu (dan hendaklah disedar juga bahawa mana-mana satu morfem
terikat itu boleh mempunyai lebih daripada satu makna). Dalam perkataan yang
lain, setiap morfem terikat, sebagai sebahagian pembentuk kata terbitan
mempunyai makna.

Kuadron Imbuhan Kata Nama
Kuadron imbuhan kata nama digunakan untk mengenal pasti
kata nama terbitan berimbuhan dan setiap sepatah kata terbitan itu akan
memaparkan satu atau lebih maksud kata terbitan. Imbuhan kata nama dapat
diingat berdasarkan nombor 5143
(disebut lima, satu, empat, tiga) yang bermaksud bahawa kata nama mempunyai
lima imbuhan awalan, satu imbuhan akhiran, empat awalan apitan (termasuk
imbuhan rangkap) dan tiga imbuhan sisipan.

Kuadron Peringatan
Tentang Imbuhan Kata Nama

Setiap satu imbuhan awalan yang mempunyai huruf besar
seperti peN- bermaksud morfem itu mempunyai alomorf tertentu, seperti
pe-, pem-, pen-, peng- (penge-) (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj
Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2008) yang ditentukan oleh faktor fonologi,
iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu
atau faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk
yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi Bahasa Melayu (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2008).
Setiap satu imbuhan itu
pula mempunyai maksud yang khusus, umpamanya awalan peN-:
i.
Penanda makna orang
yang melakukan sesuatu seperti pengguna, penuai, perancang
ii.
Penanda makna orang
yang menjawat tugas seperti penghulu, pensyarah, penyanyi
iii.
Penanda makna orang
yang suka akan atau gemar atau cenderung akan sesuatu seperti pemadat, penidur,
perokok
iv.
Penanda makna orang
atau benda yang memiliki sifat dalam kata dasar seperti pengeras, pendinding,
penyabar
v.
Penanda makna alat
untuk melakukan sesuatu seperti penggali, penyapu, pembajak
vi.
Penanda makna
ukuran hasil daripada melakukan sesuatu seperti pemeluk, pengayuh, penanak
vii.
Penanda abstrak
seperti pendapat
Begtulah seterusnya dengan semua morfem terikat (jenis
imbuhan) kata nama sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Setiap kata terbitan berimbuhan kata nama itu perlu
ditelusur dan dikenal pasti maksudnya dan kemudian cara penggunaannya dalam
ayat. Jika tidak, pengguna bahasa sendiri hendaklah menekuni penciptaan ayatnya
berdasarkan disiplin struktur ayat yang betul, iaitu seperti yang dihuraikan
dalam kuadron ayat.
Kuadron Imbuhan Kata Kerja
Kuadron imbuhan kata kerja digunakan untk mengenal pasti
kata kerja terbitan berimbuhan dan setiap sepatah kata terbitan itu akan
memaparkan satu atau lebih maksud kata terbitan. Imbuhan kata kerja dapat
diingat berdasarkan nombor 6 2 11 3
(disebut enam, dua, sebelas, tiga) yang
bermaksud bahawa kata nama mempunyai enam imbuhan awalan, dua imbuhan akhiran, sebelas
awalan apitan (termasuk imbuhan rangkap) dan tiga imbuhan sisipan.

Kuadron imbuhan
kata kerja perlu ditelusur dan dianalisis seperti imbuhan kata nama juga dengan
pemahaman bahawa setiap morfem terikat kata kerja itu berpotensi mengandung
satu atau lebih makna dan apabila menjadi imbuhan kepada sesepatah kata yang
boleh menerimanya sebagai imbuhan akan mengekalkan atau mengubah maksud yang
terkandung pada kata dasar itu.
Yang penting dikuasai ialah aspek makna setiap morfem
terikat itu dan proses morfologi yang melibatkannya kerana ini akan melibatkan
salah betul ejaan kata terbitan itu nanti, umpamanya perbezaan antara *menggambil
dan mengambil; *kebudak-budakkan dan kebudak-budakan. Hal ini demikian kerana
pengguna bahasa tidak meneliti sama imbuhan akhiran yang diterima itu
akhira kata nama (-an) atau akhiran kata
kerja (-kan).
Kuadron Imbuhan Kata Adjektif
Kuadron imbuhan kata adjektif digunakan untk mengenal
pasti kata adjektif terbitan berimbuhan dan setiap sepatah kata terbitan itu
akan memaparkan satu atau lebih maksud kata terbitan. Imbuhan kata adjektif
dapat diingat berdasarkan nombor 2014
(disebut dua, kosong, satu, empat) yang bermaksud bahawa kata nama mempunyai dua
imbuhan awalan, tiada imbuhan akhiran, satu awalan apitan (termasuk imbuhan
rangkap) dan tiga imbuhan sisipan.

![]() |
Kuadron imbuhan kata adjektif turut mengundang
penelusuran makna setiap morfem terikat adjektif sama ada awalan, akhiran
(tiada), apitan atau sisipan. Setiap satu morfem terikat itu perlu difaham akan
maknanya.
Pemahaman akan makna setiap morfem terikat akan
memudahkan pengguna bahasa faham akan maksud setiap kata terbitan yang
terkandung di dalam Kamus Dewan dan kata itu kalau ditemukan dalam penggunaan.
Hal ini sekali gus akan memperkaya kosa kata seseorang
pengguna bahasa dan turut akan memperkaya khazanah bahasanya kerana upayanya
akan merentasi aspek bahasa yang lain seperti pembinaan ayat.
Kuadron Frasa
Seterusnya, setiap perkataan yang sudah ditemukan
pengejaan dan proses morfologinya serta makna yang terkandung di dalam setiap
satunya berpotensi pula membentuk frasa. Frasa hendaklah difaham sebagai binaan yang boleh terdiri daripada satu
patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen
dalam ayat,
sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek
dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan
sebagai satu ayat.
![]() |
Setiap satu frasa hendaklah difaham dari segi makna dan
fungsinya dalam binaan ayat. Sebelum itu pengguna bahasa hendaklah faham akan
konstituen setiap frasa, iaitu konstituen frasa nama, konstituen frasa kerja,
konstituen frasa adjektif, konstituen frasa sendi nama. Binaan setiap sejenis
frasa itu juga hendaklah dikuasai. Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga atau yang lebih baharu hendaklah menjadi rujukan yang
mesra.
Di dalam borang kosa kata yang disediakan, perkataan yang
dipilih tadi, apabila menjadi kata nama, atau kata kerja, atau kata adjektif
melalui proses morfologi berpotensi membentuk FN, atau FK atau FA. Dengan itu
pengguna Bahasa Melayu hendaklah pandai menggunakannya dalam pembinaan ayat
yang seterusnya akan dihuraikan dalam kuadron ayat.
Kuadron Ayat Inti
Ayat
inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan
untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang
kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam",
tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna
untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit.
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
1.
Frasa Nama +
Frasa Nama
2.
Frasa Nama +
Frasa Kerja
3.
Frasa Nama +
Frasa Adjektif
4.
Frasa Nama +
Frasa Sendi
![]() |
Ayat inti juga akan menjadi ayat dasar. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar terdiri daripada
ayat penyata sahaja. Ini membezakannya dengan ayat tunggal. Setiap ayat itu
perlu dihasilkan sebagai bukti bahawa pengguna faham akan cara menggunakannya
ketika menggunakan Bahasa Melayu.
Kuadron Jenis Ayat
Bahasa Melayu mempunyai
berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini
menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta
menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu
pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu
menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu
dapat digolongkan kepada empat ragam:
i. Ayat penyata:
·
Ayat aktif dan ayat pasif
·
Ayat inti dan ayat gabungan
ii. Ayat perintah
·
Ayat suruhan
·
Ayat larangan
·
Ayat silaan
·
Ayat permintaan
iii. Ayat tanya
·
Ayat Tanya tanpa kata Tanya
·
Ayat Tanya denganunsur Tanya
·
Ayat Tanya terbuka
·
Ayat Tanya tertutup
iv. Ayat seru(an)

Apabila menggunakan kuadron jenis ayat, pengguna Bahasa
Melayu hendaklah kembali kepada perkataan yang pertama dipilih yang dihuraikan
makna leksikalnya tadi. Gunakan perkataan itu untuk membina kesemua jenis ayat
yang dinyatakan itu.
Apabila ayat inti, ayat dasar dan jenis-jenis ayat sudah
dapat dikuasai, maka ayat-ayat transformasi ialah tjuan yang selanjutnya.
Pengguna Bahasa Melayu hendaklah membina ayat-ayat yang konstituennya pelbagai
seperti ayat songsang, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Setiap pengguna Bahasa Melayu hendaklah menguasai ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk campuran, ayat majmuk
campuran, ayat majmuk pasif untuk seterusnya menghasilkan wacana tertentu.
Kuadron Wacana

Pengguna Bahasa Melayu yang menguasai aspek bahasa yang
dihuraikan sebelum wacana ini sudah pasti menguasai hampirkeseluruhan ilmu
bahasa yang berkaitan dengan sesepatah kosa kata. Sekali gus dia mempunyai
data, maklumat dan ilmu bahasa yang lumayan dalam sistem kognitif
linguistiknya. Sekali gus fenomena ini melonjakkan inteligens linguistiknya.
Dengan itu, seterusnya dia akan mampu menghasilkan
sebarang wacana yang diperlihatkan dalam kuadron wacana: dengan menggunakan
pelbagai perkataan yang ditelusur secara kuadron linguistik ni semua aspek
perlakuan linguistiknya..
Kesimpulan Tentang Kuadron
Dari segi pemikiran linguistik, setiap kata (sebagai unit tatabahasa terkecil
yang mempunyai makna) berpotensi untuk diperluas (berkembang luas) medan
semantiknya melalui kaedah transformasi kata iaitu melalui pembentukan kata
ganda, kata majmuk, dan kata terbitan berimbuhan.
Secara semula jadi dan arbitrari kata dasar yang mempunyai
makna leksikal atau kata terbitan yang turut mengandung makna itu tadi
digunakan dengan meluas, digunakan pada dan dalam konteks dan merentasi semua bidang.
Di samping itu, penggunaan perkataan itu seterusnya
diperluas secara arbitrari juga dalam
bentuk bunga bahasa tertentu. Antara bunga yang paling lazim ialah simpulan
bahasa, peribahasa, metafora, bahasa terbalik, kolokial, slanga, dan semua
bentuk bahasa lisan. Setiap satu ‘penggunaan dalam konteks’ ini boleh membawa
peluasan, pemesongan, penyimpangan, pengherotan, dan pembalikan maksud daripada
makna asal perkataan tadi.
![]() |
Sama ada perkataan yang terhasil melalui transformasi itu
tadi kata kanda, kata majmuk atau kata berimbuhan, masing-masingnya mendukung semantik
pada medan semantik yang tertentu. Kesemuanya berpotensi untuk duduk di posisi
keempat-empat frasa dalam BM, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa
Adjektif (FA) dan Frasi Sendi Nama (FS). Kedudukan ini terletak pada kuadron
ketiga (Rajah Kuadron Linguistik 2)
Kedua-dua kuadron itu saling melengkapi dan dapat saling
bergalang ganti dalam penggunaan sebagai alat pemikiran linguistik khususnya
untuk memperluas medan linguistik dalam sistem kognitif pengguna bahasa. Dapat
juga digunakan untuk mewajarkan hakikat bahawa dalam sistem kognitif manusia,
tidak wujud sempadan linguistik (a map is
not a territory)
Alat Pelaksanaan KLPIL
Alat utama KLPIL ialah borang kosa
kata yang dicipta khusus untuk projek ini. (Rujuk Lampiran 1) borang ini
dinamai borang kosa kata kerana kata ialah unit tatabahasa yang terkecil dan
mempunyai makna dan semua perkataan berpotensi untuk mengalami transformasi
morfologi dan sintaksis.
Sumber Pelaksanaan KLPIL
Sumber utama Pelaksanaan KLPIL ialah Kamus
Dewan (dan/atau PRPM secara dalam talian) dan Tatabahasa Dewan.
Proses Pelaksanaan KLPIL
Dalam kalangan guru:
i.
pemahaman / konsep
/ kertas konsep
ii.
kursus dan bengkel
dan penciptaan borang Kuadron Linguistik
iii.
buat perancangan
dalam bentuk PBPL (pembelajaran berdasarkan projek linguistik) pelajar
iv.
penyebaran /
pengongsian dalam kalangan pelajar atau pemanfaat (jika mampu, terbitkan
sebagai rencana atau artikel jurnal atau buku)
v.
lakukan PLC
vi.
membuat refleksi
Dalam kalangan pelajar:
i.
penerangan dan
pemahaman
ii.
sarana linguistik
asas iaitu borang kuadron linguistik yang disediakan oleh guru
iii.
sarana linguistik
(Kamus Dewan dan tatabahasa Dewan)
iv.
perisian borang
sebagai aktiviti dalam PBPL BM (pembelajaran berasaskan projek linguistik BM)
v.
guru menyemak dan
membuat pengesahan
vi.
pelajar membuat
pembentangan (sama ada antara kumpulan atau kepada semua pemanfaat secara
serentak) dan perkongsian
vii.
pameran hasil kerja
Pemanfaatan ilmu bahasa
Hasil perisian borang dalam aktiviti dalam PBPL BM
(pembelajaran berasaskan projek linguistik BM), pelajar akan menguasai semua
aspek linguistik sesepatah kata. Sebagai pemanfaatannya, pelajar dapat menulis
puisi, atau sebarang jenis prosa: semudah-mudah ayat inti dan
sekompleks-kompleks tesis di universiti.
Pelajar juga dapat menggunakan ilmu bahasa yang diperoleh
di situ untuk menjana wacana sastera seperti bunga-bunga bahasa: peri bahasa
simpulan bahasa, metafora, anaphora atau menulis sajak bertemakan kandungan
makna kata yang dipilih.
Kesimpulan
Ternyata kaedah pengisian borang kosa kata (yang
dilampirkan) dalam konsep alat pemikiran kuadron linguistik ini mampu
memperkaya kosa kata (sekali gus memperkaya aspek linguistik yang lain, maka
melonjakkan inteligens linguistiknya) para pelajar yang terlibat.
Seseorang plajar bahasa yang mengamalkan kuadron ini
sebagai alat pemukiran linguistiknya akan mempunyai inteligens linguistik yang
amat tinggi dan akan memungkinkannya memanipulasi Bahasa Melayu untuk tujuan
komunikasinya yang mantap. Pelajar bahasa juga akan mampu berfikir pada aras
tinggi dan mampu mencipta seperti yang ditujukkkan oleh rajah berikut:

Matlamat berbahasa dalam system pendidikan di Malaysia
ialah menggunakan BM di atas yang paling tinggi dan keupayaan mencipta berada
di kedudukan yang paling tinggi. Tanpa inteligens linguistik, tampak mustahil
untuk seseorang mencipta.
Rujukan
Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader
(peny.). (1987). Kesalahan Bahasa Dalam
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Linguiastik Am. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2006b). Morfologi. Siri Pengajkaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2006c). Sintaksis. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Asraf. (2007). Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Coe, R., Aloisi, C., Higgins, S. & Major. (2014). What makes great teaching? Review of the
underpinning research.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, (peny.). (1988). Linguistik Transformasi Generatif. Satu Penerapan pada Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Dr. (1986). Bahasa Melayu Tinggi. Tepri dan Penerapan. Kuala Lumpur: Persatuan
Linguistik Malaysia & Nurin Enterprise.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, &
Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa
Dewan, Ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Palmer, F. R. (terj. Abdullah Hassan). (1989). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Borang kosa kata
SMK / SK ……………………………………………………….
Nama:………………………………………………………………….
Tingkatan:…………………………………………………………….
![]() |

Catatan:_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________

Kelas Kata (nyatakan kata yang ditemukan itu
dari segi kelas kata)
i.
Kata
Nama:
ii.
Kata
Kerja:
iii.
Kata
Adjektif:
iv.
Kata
Tugas:

Makna leksikal
1:
___________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
Ayat:________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
2:

3:

4:

5:

6:

Morfologi
Kata

Gandaan Penuh
i.
______________________________________________________________________________________
Maksud:
__________________________________________________________________________________
Ayat:_____________________________________________________________________________________

i.
______________________________________________________________________________________
Maksud:
_________________________________________________________________________________
Ayat:____________________________________________________________________________________

Ayat:___________________________________________________________________________________

Majmuk
(kata majmuk simpulan bahasa)

(kata majmuk peribahasa)
i.
______________________________________________________________________________________
Maksud: _________________________________________________________________________________

Akhiran

Apitan
i.
__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Sisipan
i.
__________________________________________________________________
Maksud:
_________________________________________________________________________________
Ayat:___________________________________________________________________________________

Bunga Bahasa lain

Perumpamaan
i.
__________________________________________________________________
Maksud:
_________________________________________________________________________________
Ayat:___________________________________________________________________________________

Peribahasa

Pepatah

Pantun

_________________________________________________________
Maksud:________________________________________________________________________________
Ayat:____________________________________________________________________________________

i.
_________________________________________________________
Maksud:________________________________________________________________________________
Ayat:____________________________________________________________________________________
Sintaksis
Frasa
Frasa
nama

kerja

adjektif

sendi nama

FN
+ FN

+ PK

+ FA

+ FS

Penggunaan dalam konteks
i.
konteks umum:
Ayat contoh:
ii.
konteks sastera:
Ayat contoh:
iii.
dalam dialek:
Ayat contoh:
iv.
dalam konteks media massa:
Ayat contoh:

Kesalahan dalam
penggunaan
Kesalahan
ejaan
Kesalahan
kata ganda
Kesalahan
kata majmuk
Kesalahan
kata berimbuhan

Gunakan perkataan yang
anda pilih untuk menghasilkan sebuah puisi / sajak
Gunakan perkataan yang
anda pilih dan terjana melalui penggunaan borang kosa kata ini untuk
menghasilkan sebuah karangan (atau menulis pelbagai ayat).