
Elemen penting sesebuah
cerpen
- watak – dan perwatakan: pengarang akan menggambarkan
aspek fizikal, emosional, spiritual (kerohanian), pendidikan, pemikiran
dan segala unsur pemerwatakannya. Penonjolan aspek ini akan disesuaikan
dengan tema cerita, sesuai juga dengan aspek sosio-budaya masyarakat yang
diwakili oleh watak yang dicipta itu.
- latar –
lazimnya terdapat latar masa, latar tempat, latar suasana, latar
masyarakat, dan latar persekitaran yang menaungi sesebuah karya sastera
genre cerpen. Cerpen tidak dapat tidak mesti bertapak di latar yang sudah
dikenal pasti oleh pengarang. Pengarang akan melukiskan gambaran yang akan
menampakkan elemen ini secara yang indah.
- matlamat – (bukan
matlamat penulisan cerpen tetapi matlamat yang ingin dicapai oleh watak di
dalam cerpen) watak yang berada di dan pada sesuatu latar sudah pasti
perlu mempunyai matlamat yang ingin dicapai khususnya oleh watak utama.
Watak utama disebut protagonis. Matlamat dapat diperlihatkan dalam bentuk
matlamat hidup, matlamat ekonomi, matlamat pendidikan, pencapaian tertentu
yang ingin dicapai dalam perjuangan yang dilakukan.
- halangan –
usaha yang dilakukan watak hendak mencapai matlamatnya perlu diberi
halangan yang signifikan kerana halangan pencapaian matlamat ini akan menyebabkan
timbulnya konflik. Konflik mesti ada.
- Konflik – konflik perlu diwujudkan kerana konflik akan
membantu mewujudkan aspek dramatik sesebuah karya. Walaupun konflik yang
tercipta itu konflik intrinsik, tetapi kesannya tetap ada. Antara konflik
yang lazim ialah:
- watak
berkonflik dengan dirinya (konflik dalaman);
- watak berkonflik dengan watak yang lain,
- watak dengan unsur alam seperti binatang, bencana
alam, atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekelilingnya.
- permulaan – permulaan cerpen lazimnya tidak ditetapkan, namun
cerpen semestinya mempunyai permulaan. Ada pengarang yang memulakan
cerpennya dengan gambaran, huraian, atau kaedah dramatik dengan terus
memasukkan pertelagahan antara dua orang watak yang berkonflik.
- Pertengahan
– bahagian pertengahan cerpen juga disebut badan
cerpen. Bahagian ini menampakkan perisian certita, menghimpunkan segala
konflik yang akhirnya diberikan penyelesaian.
- akhiran – akhiran cerpen lazimnya
ialah manifestasi penyelesaian masalah dalam konflik yang diwujudkan.
Akhiran boleh juga dilakukan secara tiba-tiba, mendadak, secara peleraian,
atau secara tidak disangka-sangka. Perkara yang penting ialah segala
masalah watak dalam konflik, selesai. Akhiran cerpen memberi kepuasan
emosi dan kognitif kepada pembaca.
- teknik – terdapat pelbagai teknik penulisan yang dapat
digunakan untuk menghasilkan sesebuah cerpen. Antaranya yang paling lazim
ialah:
- teknik plot,
- teknik imbas muka,
- teknik imbas kembali,
- teknik eksposisi,
- teknik naration,
- teknik log
(iaitu monolog, monolog dalaman, dialog)
- plot –
plot ialah jalan cerita iaitu cara pengarang menyusunan peristiwa demi
peristiwa sama ada:
- secara sikuen,
- secara berurutan dalam disiplin sebab dan akibat,
- secara imbas kembali,
- secara imbas muka atau
- secara campur aduk.
- Tema – seperti
kata Hall, The theme of a story is the implicit generality the story
supports. Often we consider that a story’s theme is its reason for being. When we speak of a story’s theme, we
suggest that a tale implies a central insight into human experience. We express the theme of a story not by
summarizing its plot but by a sentence or two of generalization. Ada sesetengah
sarjana menganggap tema sesebuah cerpen ialah perkara terakhir yang akan
ditemukan dan diperkatakan oleh penganalisis karya – tidak ditetapkan oleh
penulis. Namun, dalam proses penulisan cerpen, penulis perlulah tahu akan
tema cerpen yang sedang dikaryanya itu. Tema sesebuah karya juga merupakan sebab kewujudannya sebagai
sebuah karya, iaitu teras dan pusat tumpuan pengamalan kemanusiaan dan
kehidupan para wataknya..
- Persoalan
– persoalan ialah pelbagai perkara yang
dipertentangkan dalam cerita / cereka umpamanya dalam tema pendidikan,
kemiskinan sebagai hambatan kelangsungan pendidikan merupakan satu persoalan.
- amanat / teguran / sindiran – melalui cerpennya, tugas penulis juga termasuklah
mengetengahkan unsur pesan,
memberi teguran, melontarkan sindiran. Oleh sebab itulah karya sastera
dianggap mendidik khalayaknya. Elemen ini penting.
- Suspens
– sesuatu yang luar biasa atau tidak disangka-sangka
sehingga menyebabkan pembaca terpinga-pinga. Elemen ini penting untuk
menambah kerancakan cerita.
- emosi
– oleh sebab sesebuah cerpen adalah tentang watak, dan
seseorang watak ada emosi, maka aspek emosi sangat penting disuburkan
dalam karya. Justeru aspek ini mestilah
disuburkan, mesti dikayakan, mesti banyak, dan mesti pelbagai. Antara
aspeknya termasuklah suka duka, sedih pilu, gembira, teruja, terlonjak
atau apa-apa sahaja aspek emosi mengikut kesesuaian konteks cerita.
- kerohanian – dikatakan dalam Writers Digest, terbitan Amerika Syarikat, karya yang baik
ialah karya yang memberi pengalaman
kerohanian kepada pembaca. Justeru, aspek ini, atas apa-apa landasan
dan jenis cerita sekali pun hendaklah disuburkan.
- Estetika
Cerpen
·
Estetika
sastera – estetika sastera sesebuah karya sastera memperlihatkan
kelengkapan, dan kepatuhan dalam keindahan. Cerita yang dikarang mesti cantik
dengan semua elemen cerpennya lengkap, tidak ada yang terabai di samping
terlontar untuk pembacaan pembaca bersama-sama emosi dan pemikiran pengarang.
·
Estetika bahasa
dan ilmu bahasa – keseluruhan
cerpen ialah manipulasi bahasa untuk menyampaikan perkara yang ingin
disampaikan oleh pengarangnya. Gaya bahasa sastera genre prosa-cerpen ialah
gaya bahasa yang tersendiri. Bahasa karya sastera, sesuai dengan larasnya
hendaklah bahasa yang indah. Di
samping mementingkan keindahan
bahasa sastera, tatabahasa bahasa BM sebagai medium penulisan hendaklah dijaga
agar digunakan secara yang betul dan asi/absah.
·
Estetika maklumat dan ilmu pengetahuan – fiksyen bukanlah
rekaan semata-mata. Apabila terkait semua deris insan, iaitu deris visual
(pandang), deria audio (dengar), deria kinestetik (gerak) sentuh, deria
olfaktori) hidu dan deria gustutori (rasa dengan lidah). Kaitan dan sentuhan ini
penting kerana sepanjang hayat seseorang insan, melalui lima deria inilah ilmu,
maklumat dan data masuk ke dalam sistem (kehidupan)nya.
xviii.
Judul – judul merupakan unsur yang sangat penting bagi
sesebuah cerpen kerana peranan dan fungsi yang dimainkannya sehingga
menampakkan kepentingannya sebagai nama kepada seseorang manusia. Justeru unsur
atau elemen ini hendaklah difikirkan dengan indah agar kemunculannya penuh
dengan keindahan.
xix.Pemikiran – apakah / masuk akal / munasabah
Kesimpulan
Proses mengarang cerpen,
ada ketikanya sangat mencabar, ada ketikanya sangat mudah. Ibarat mendayung
sampan, bagi anak nelayan yang berpengalaman dengan sampan dan air / laut,
mensayung sampan sangatlah mudah. Bagi anak guru yang seumur hidupnya mengajar
di bandar, dan anaknya cuma sesekali ke kolam renang, tentulah bermain perahu
sesuatu yang sangat siukar baginya. Begitulah penulisan cerpen. Teruskanlah
menulis.